SEARCH

Haruman Badan Menusuk Kalbu Pilihan Kami Saat Kunjung Rumah Sanak-Saudara Berhari Raya!

Haruman Badan Menusuk Kalbu Pilihan Kami Saat Kunjung Rumah Sanak-Saudara Berhari Raya!

Bagaimana sambutan Hari Raya pertama kamu? Pastinya seronok bukan? Meriah bukan main lagi apabila seluruh keluarga besar berkumpul bersama di kampung. Saya pasti Raya kamu disambut dengan penuh kegembiraan. Mana tidaknya, sarung pula baju raya mengerlip cantik (yang beratus-ratus harganya), solekan pun tampak on-point dan memukau, rambut juga sudah siap didandan rapi. Akan tetapi, pasti ada sedikit perasaan di hati seperti ada sahaja yang tidak cukup, apa ya? Ha, saya tahu! Mungkin haruman badan yang kamu lupakan. Ya lah, ramai yang lupa, penampilan diri sebenarnya tidak lengkap tanpa haruman badan yang wangi dan segar. Buat kamu, yang belum punya haruman pilihan untuk disembur sempena bulan Raya ini, mari saya cadangkan 5 yang terbaik buat kamu.

1- Giorgio Armani Si Passione

Haruman Badan

Sesuai buat wanita yang sukakan aroma flora buah-buahan. Haruman yang dicipta daripada adunan nota buah manis blackcurrant, bunga rose de Mai, vanila serta bunga kasturi ini memberi simbolik kepada wanita yang memiliki personaliti feminin, bebas dan penuh semangat. Haruman ini juga telah diperbaharui formulanya menjadikan ia haruman yang mempersembahkan sisi dimensi baharu jenama ini terhadap haruman wanita mereka.

2- Boss Bottled Infinite RM281/50ml

Haruman Badan

Lelaki hari ini lebih moden. Bak kata pakar haruman Annick Menardo, yang mencipta haruman ini, lelaki hari ini memilih haruman badan yang melambangkan kepada keperluan harian mereka. Lelaki gemarkan haruman yang boleh menonjolkan versi terbaik diri mereka pada hari itu. Jadi haruman Boss Bottled Infinite ini adalah pilihan terbaik. Haruman yang terhasil daripada nota hangat seperti buah mandarin, epal, bunga cengkih, patchouli, rosemary dan lavender ini menyuntik lagi aroma pekat yang mampu meresap baik ke dalam kulit tubuh si pemakai.

3- Marc Jacobs Daisy Love Eau So Sweet RM218/30ml

Haruman Badan

Seperti nama dan bentuk kelalang haruman ini, si pemakai yang menyarung haruman terbaharu Marc Jacobs ini pastinya memiliki jiwa yang lembut dan manis. Bukan itu sahaja haruman Daisy Love Eau So Sweet ini juga memiliki aroma yang menyegarkan sesuai disarung sebagai haruman harian. Haruman ini dibuka dengan nota raspberry putih bersama bergamot dan buah cloudberry. Kemudian dilapis pula dengan nota hati yang disemai dengan aroma kelopak bunga Daisy dan susu jasmin. Nota asas pula disuntik dengan aroma kasturi gula serta kayu iris putih untuk hasil aroma yang lebih memikat.

4- Bleu de Chanel Parfum

Haruman Badan

Haruman buat lelaki yang berjiwa kental. Yang percaya akan kekuatan diri dan buat mereka yang berjiwa eksklusif dan obses dengan diri sendiri. Adunan nota lavender dan geranium menyuntik rasa segar pada si pemakai. Manakala nota cedar turut disuntik bagi menyemarakkan lagi olfaktori haruman ini.

5- Chloe Nomade EDT

Haruman Badan

Haruman terbaharu yang dicipta oleh pakar haruman Quentin Bisch. Memiliki aroma lembut dan feminin sesuai buat wanita manis berjiwa elegan. Dihiasi dengan nota buah laici sebagai nota pembuka, kemudian dilapis pula dengan nota bunga freesia yang menyemarakkan lagi aroma bunga-bungaan di dalam haruman ini. Dan sebagai nota penutup, haruman ini diserikan lagi dengan aroma pohon oak yang memberi hasil haruman penuh sofistikated.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE