SEARCH

6 Haruman Menarik Harus Kamu Miliki Bulan Ini!

6 Haruman Menarik Harus Kamu Miliki Bulan Ini!

Haruman hadir dalam pelbagai nota. Ada yang bernota manis, pedas, maskulin dan sebagainya. Haruman juga melambangkan personaliti diri kamu. Kata orang, jika kamu memilih haruman manis, manis jugalah si pemakainya. Jika kamu memilih haruman pedas, mungkin kamu memiliki personaliti yang kukuh. Walau apapun, haruman ini boleh diibaratkan sebagai baju kamu juga. Tanpa haruman, diri terasa kosong. Iyalah bagai tidak menyarung baju rasanya. Buat kamu yang masih belum punya sebarang haruman yang memikat hati kamu, apa kata cuba 6 haruman menarik pilihan kami ini.

1- Tiffany & Co. Tiffany Sheer, Eau de Toilette RM250/30ml

Haruman Menarik

Sempena bulan cinta, Tiffany & Co. Bakal melancarkan haruman ketiganya selepas Tiffany & Co. Eau de Parfum dan Eau de Intense. Haruman terbaru mereka, Tiffany Sheer ini memberi interpretasi personaliti yang lebih ceria berbanding haruman signatur mereka yang lain. Dengan adunan aroma nota anggur hitam, ylang ylang dan mandarin hijau. Kemudian diserlahkan lagi dengan nota asas bunga iris, nota signatur setiap haruman Tiffany. Dapatkan haruman cinta ini bermula Februari ini ya.

2- Chanel Chance Eau Tendre Eau de Parfum

Haruman Menarik

Siapa tidak kenal haruman ikonik Chanel Chance. Mula dicipta pada 2002, Chance adalah haruman flora membangkitkan aura personaliti yang ceria. Empat haruman di dalam koleksi sedia ada Chance ini adalah Chance, Chance Eau Fraîche, Chance Eau Tendre juga Chance Eau Vive. Namun untuk 2019 ini, Chanel mengembalikan Chance Eau Tendre dalam versi yang lebih baharu iaitu versi EDP. Lebih pekat dan feminin dengan suntikan aroma nota mutlak bunga eksotik jasmin, serta diadun dengan esen bunga ros menyerlahkan lagi aroma haruman ini. Ditambah pula nota buah kasturi putih dan ekstrak pekat buah anggur, komposisi baharu ini bakal buat kamu lebih jatuh cinta dengan haruman ini.

3- Carolina Herrera CH L’eau Eau de Toilette RM362/50ml

Haruman Menarik

Haruman segar namun punya suntikan aroma romantik ini sesuai buat semua wanita di luar sana. Haruman yang diadun dengan kombinasi ekstrak teh merah, oren merah dan bahan sitrus bersama asas kayu-kayan seperti daun vetiver, cedarwood dan patchouli. Hasilnya aroma indah serta memberikan aura kesegaran maksima pada si pemakai.

4- Bvlgari Splendida Rose Rose Eau de Parfum RM420/50ml

Haruman Menarik

Setiap aroma haruman Bvlgari ini pada saya cukup mewah. Bagi saya, mereka yang menyarung haruman Bvlgari punya personalitinya yang tersendiri. Buat kamu yang mahu cuba, Bvlgari hadir dengan haruman baru haruan EDP untuk wanita yang sukakan aroma bunga ros. Aroma klasik ros ini diperkuatkan lagi dengan nota sejambak mulberi putih, buah mandarin, sandalwood dan kasturi.

5- Coach Eau De Toilette Natural Spray RM182/30ml

Haruman Menarik

Sesuai buat wanita yang lasak dan senantiasa sibuk bergerak seharian, haruman Eau de Toilette daripada Coach ini hadir dengan olfaktori nota-nota segar yang mengingatkan kita kepada kekecohan dan kesibukan bandar New York. Adunan nota buah pear segar, bunga ros Alba serta nota asas cedarwood melengkap lagi aroma mesti milik dari Coach ini.

6- Givenchy Eau Demoiselle Eau Florale Eau de Toilette RM300/50ml

Haruman Menarik

Haruman yang menawarkan adunan aroma segar bersama nota-nota hangat pembangkit aura romantik. Haruman flora ini dimulakan dengan kebangkitan nota pembuka buah pear, buah anggur merah. Kemudian nota tengahnya pula disuntik nota bunga Hamanasu iaitu bunga ros Jepun serta bunga jasmin. Akhir sekali, sebagai nota penutupnya, haruman ini disuntik dengan bunga kasturi dan kayu perang.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE