SEARCH

#Wangi 5 Haruman Pilihan Stail Harus Kamu Miliki Bulan Ini

#Wangi 5 Haruman Pilihan Stail Harus Kamu Miliki Bulan Ini

“You are never fully dressed without perfume!” Pernah dengar pepatah ini? Benarlah kata-kata itu. Tidak lengkap rasanya gaya harian tanpa menyarung sebarang haruman. Jika kamu peminat haruman, saya pasti kamu tahu nota apa yang menjadi kegemaran kamu, baik flora, sitrus, maskulin dan pelbagai lagi. Buat kamu yang masih terpinga-pinga mencari haruman signatur diri atau sekurang-kurangnya ingin mencuba haruman baru yang lebih segar dan eksklusif, jangan risau, kami boleh bantu. Biar saya senaraikan 5 haruman pilihan STAIL harus kamu miliki bulan ini.

 

Dior Addict Eau De Toilette RM349/50ml

Haruman Pilihan Stail Harus Kamu Miliki

Jika kamu ingin menjadi gadis ceria Dior, cuba haruman ini. Dihiasi dengan nota pembuka buah-buahan sitrus seperti Sicilian Mandarin kemudian diadun bersama bunga putih seperti Jasmine Sambac dan Tunisian Neroli untuk menghangatkan lagi aroma haruman ini. Tidak cukup juga tanpa suntikan vanila dan esen Sandalwood sebagai nota penutup haruman mewah ini.

Jo Malone London Nectarine Blossom & Honey Cologne RM280

Haruman Pilihan Stail Harus Kamu Miliki

Mahu yang ringan? Cuba cologne daripada Jo Malone London yang berperisa adunan Nectarine Blossom dan madu ini. Manis seperti namanya. Adunan nectarine (golongan buah pic), pic serta buah-buahan kategori cassis kemudian dinoktahkan dengan haruman nota bunga musim luruh Bersama madu acacia. Jika mahukan kelainan, padankan aroma ini dengan rangkaian cologne Jo Malone London yang lain seperti Wood Sage & Sea Salt atau Wild Bluebell untuk aroma yang lebih segar dan unik!

Huda Beauty Kayali Musk | 12 Eau de Parfum RM345/50ml

Haruman Pilihan Stail Harus Kamu Miliki

Boleh didapati secara eksklusif di laman sesawang Sephora Malaysia, haruman daripada Huda Beauty ini antara haruman pilihan millennial hari ini. Siapa yang tidak sukakan Huda Beauty, bukan? Haruman flora Kasturi yang dicipta Huda ini berinspirasikan warisan tinggi negara Timur Tengah yang cukup sofistikated. Dengan adunan nota bunga lotus, freesia serta jasmin, kemudian diserikan lagi bersama esen vanilla serta nota sandalwood berlemak cukup membuatkan diri dibuai indah dengan haruman ini.

Gucci Absolute Pour Femme Eau De Parfum RM370/50ml

Haruman Pilihan Stail Harus Kamu Miliki

Haruman istimewa hasil ciptaan bersama Pengarah Kreatif Alessandro Michele juga pakar haruman Alberto Morillas ini cukup sofistikated. Menggunakan empat kandungan utama iaitu buah beri hitam, GoldenWood, Bulgarian rose serta Patchouli, haruman ini magisnya apabila disarung pada tubuh, ia tidak akan sekali-kali berubah bau seperti haruman-haruman lain. Haruman aroma buah-buahan ini sesuai buat wanita kontemporari.

Amouage Love Mimosa RM1360/100ml

Haruman Pilihan Stail Harus Kamu Miliki

Memperkenalkan haruman Love Mimosa daripada koleksi Secret Garden oleh Amouage ini sebagai penghargaan kepada setiap wanita perkasa, ceria lagi bijaksana. Sentuhan terakhir Christopher Chong untuk haruman Amouage ini memilih mencipta wangian unik buat wanita yang tidak mengenal erti takut. Wangian flora dengan inti pati seperti cascalone, mimosa, buah pir serta Ylang Ylang antara yang berdiri gah memperkuatkan olfaktori haruman istimewa ini.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE