SEARCH

5 Haruman Terbaik Harus Kamu Miliki Bulan Ini

5 Haruman Terbaik Harus Kamu Miliki Bulan Ini

Masih tercari-cari haruman terbaik yang paling sesuai buat diri kamu? Atau sudah bosan dengan haruman lama dan mahukan sesuatu yang lebih segar dan baharu? Kami ada jawapan untuk kamu! Daripada yang manis, mewah dan floral, setiap olfaktori haruman pilihan kami ini pasti ada yang menangkap hati kamu.

Versace Pour Femme Dylan Blue Versace for Women

haruman

Haruman buat wanita yang tahu akan kekuatan dirinya. Haruman Versace Dylan Blue Pour Femme ini dicipta dengan kombinasi nota atasnya iaitu blackcurrent sorbet, epal granny smith, bunga cengkih, bunga Forget-me-not, serta Shisolia. Diserikan lagi dengan nota hati yang menampilkan bunga ros Eglantine, Petalia, Rosifolia, Jasmin, serta pic dan dinoktahkan dengan nota patchouli, kasturi dan kayu. Bak kata Donatella, “Dylan Blue Pour Femme ini adalah tribut saya buat kaum wanita. Saya cipta haruman yang kuat yang memberi definisi kepada wanita yang tahu akan kuasanya.”

Jo Malone London Honeysuckle & Davana RM485/100ml

haruman

Melambangkan kesegaran dan kebahagiaan musim panas, haruman terbaharu daripada Jo Malone ini adalah segala-galanya buat wanita yang aktif seharian. Kehadiran ekstrak bunga honeysuckle bersama kombinasi ros dan daun hijau davana menyemarakkan lagi olfaktori haruman ini.

Amouage Imitation Woman EDP RM1190/100ml

haruman

Menyuntik aroma flora sebagai fokus pada haruman ini. Nota anggur hitam, aldehid dan likuoris memberi rasa bagai mengintai zaman kegemilangan kelab malam di New York. Manakala nota bunga mawar, kenanga, oren dan melur mencerminkan masyarakat yang berbilang bangsa di kota metropolitan ini. Haruman ini ditutup dengan nota Dupa, kayu cendana dan minyak nilam yang mampu menggoda sesiapa sahaja yang mendekatinya.

Guerlain Mon Guerlain EDT
haruman

Haruman mewah edisi ketiga oleh Guerlain ini dicipta dengan pati istimewa buat wanita-wanita eksklusif Guerlain. Nota atasnya dihiasi dengan ekstrak mandarin dan lavendar Carla. Manakala nota tengahnya disemarakkan lagi dengan sambac jasmine. Akhir sekali, tidak lengkap satu-satu haruman tanpa nota akhirnya. Buat Mon Guerlain ini, ekstrak bunga vanila tahitian yang kuat ini menutup olfaktori haruman ini.

Christian Dior Joy by Dior EDP RM589/100ml

haruman

Haruman mewah kombinasi floral dan sitrus buah-buahan ini sesuai buat kamu yang berpersonaliti mudah didekati. Haruman yang mengekspresikan karakter diri yang peramah dan senantiasa gembira. Buah bergamot dan mandarin disemarakkan bersama ekstrak kepekatan bunga ros Grasse dan adunan bunga jasmin. Bukan itu sahaja, haruman lemak berkrim sandalwood turut terdapat dalam haruman mewah ini. Akhir sekali, kasturi yang memberikan aroman sensual pada kulit tubuh diselitkan di dalam haruman ini.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE