SEARCH

Memori Tercipta Saat Menikmati Sendiri Pengalaman Sensori di Nostos: Records of The Self bersama Aesop

Memori Tercipta Saat Menikmati Sendiri Pengalaman Sensori di Nostos: Records of The Self bersama Aesop

Gambar: Marc Tan

Pernahkah kamu menganggap atau terfikir bahawa aroma itu sama pentingnya sebagaimana penting kamu merakam sesebuah momen menerusi kamera untuk kamu simpan memori indah itu? Pernah kamu mencium pipi si bayi kecil atau juga saat kali pertama kamu dihadiahkan bunga yang istimewa, masihkah kamu ingat setiap aromanya itu?

Jujur saya kata, terkadang saya sendiri menjadi terleka… Saya terbang ke Singapura bulan lalu bersama Aesop untuk memahami dan mengenali sendiri keistimewaan sesuatu aroma itu menerusi pameran Nostos: Records of The Self. Ia mampu menyingkap kembali memori lama malah juga berupaya menciptakan kenangan yang baru.

Bersempena juga dengan menyambut ulang tahun ke-10 Singapore Night Festival tahun ini, Aesop mengambil peluang bekerjasama mencipta pengalaman sensori dinamakan ‘Nostos: Records of the Self’. Nóstos bermakna pulang, manakala álgos memberi makna kesakitan, lalu ia membentuk perkataan ‘nostalgia’, suatu perasaan yang mencetuskan kebangkitan menerusi sesuatu aroma.

Empat Hari Di Singapura…

Setibanya di Singapura, kami dibawa terus ke Capella Hotel di Sentosa Island. Setelah selesai menikmati makan tengahari, kami dibawa pula melawat stor Aesop di sekitar Singapura ini. Empat buah stor di berlainan pusat beli-belah iaitu di Ngee Ann City, Ion, Suntec City dan Raffles City. Apa yang menariknya tentang stor-stor ini adalah mereka hadir dalam hiasan dekonya serta signatur yang berbeza-beza.

Keesokan harinya kami dibawa pula melawat ke National Gallery Singapura di mana di sini saya cukup teruja untuk melihat pameran Yayoi Kusama serta melihat pameran sejarah bangunan galeri ini sendiri.  Pameran hampir 3 bulan yang bermula dari 9 Jun hingga 3 September 2017 ini memberikan pengalaman buat pengunjung yang mahu mendekati dan mengenali lebih dekat lagi Yayoi Kusama.

Usai aktiviti di sini, kami dibawa makan tengahari di restoran yang boleh saya kata “InStailgramWorthy” iaitu Punch. Jika kamu bercadang ke Singapura, saya sarankan kamu berkunjung ke sini. Makanannya juga tidak menghampakan dan dengar kata, restoran ini sentiasa ‘penuh’.

Sebuah lagi pameran istimewa sempat kami kunjungi iaitu K+ Curatorial Space. Ia terletak di Scotts Square, Galeri ini adalah tempat di mana berkumpulnya segala hasi seni serta kraftangan oleh artis serta pereka lama dan baru. Selain itu, di sini juga tempat berkumpulnya komuniti seni serta pelbagai aktiviti dan bengkel seni berlangsung. Bukan itu sahaja, segala hasil seni serta cenderamata juga boleh dibeli.

Nostos: Records of The Self, Apa Kaitannya antara Aroma dan Memori?

Setelah itu, tepat jam 5 petang, kami bertolak ke Gallery 10 di National Museum Singapura untuk menyaksikan pameran Nostos: Records of The Self. Inilah tujuan utama kami berada di Singapura. Pameran ini berlangsung sepanjang bulan Ogos yang lalu. Jujur saya katakan, ia memberi satu pengalaman yang baru. Saat masuk ke dalam galeri ini, kami dibawa ke sebuah bilik gelap serba hitam. Hanya ada instalasi yang cukup indah dilakukan oleh team Aesop.

Beberapa kawah dipenuhi adunan air serta minyak pati aroma signatur Aesop disimbah dengan himpunan mentol lampu betul-betul di atas ramuan tadi bagi menghangatkan lagi aroma ini. Ia memberikan lagi aroma yang kuat di seluruh bilik gelap ini. Seronok kami mengenali setiap aroma ini, mereka sememangnya membiarkan hidung kami menavigasi seluruh ruang ini.

 

Nostos: Records of The Self

Gambar: Marc Tan

Namun, yang menjadi persoalan pertama saya sepanjang trip ini, apakah kaitannya antara aroma dan memori ini? Menurut Marsha Meredith, Pengarah Kreatif Aesop,

An anniversary is a moment to reflect, and this experience pauses on the connection between scent and memory. Ini kerana haruman memiliki kebolehan dalam mengikat sesuatu momen yang khusus dalam minda lalu memindahkannya sebagai sebuah memoir peribadi yang akan diingati selamanya. Dan ia sentiasa menjadi pegangan kami di Aesop, adunan produk-produk kami yang terdiri daripada bahan botani yang terpilih bukan sahaja kerana keberkesanannya, malah tentang alam persekitaran kita. Bergamot, sandalwood serta olibanum dipilih untuk aroma di pameran ini kerana ia mampu memberikan satu tanggapan yang berkekalan.”

Nostos: Records of The Self

Saya mengambil peluang menghayati setiap aroma signatur Aesop ini

Pengalaman Rawatan Wajah Bersama Aesop.

Sedih saat saya mendapat tahu, lokasi paling dekat buat kami pada masa ini yang mahu melakukan rawatan facial Aesop hanyalah di Singapura. Ini adalah kali pertama saya mencuba sendiri rawatan wajah mereka. Dengar-dengar daripada teman-teman Singapura saya, kata mereka, rawatan wajah Aesop ini salah satu rawatan facial yang perlu saya cuba!

Ya, sememangnya saya tidak sabar. Hari terakhir kami di sini, saya dibawa ke satu-satunya kabin facial Aesop yang terletak di tingkat empat, pusat beli-belah Tangs. Hanya satu kabin sahaja yang disediakan, jadi buat mereka yang mahu melakukan rawatan di sini haruslah membuat tempahan terlebih dahulu.

Setelah meneliti kulit wajah saya, pakar terapi di sini mencadangkan saya untuk mencuba rawatan Skin Quench. Rawatan yang sesuai untuk mengembalikan kelembapan dan hidrasi pada kulit wajah saya yang lesu dan kering. Ia juga disarankan buat mereka yang sentiasa mengembara atau akan menaiki kapal terbang dalam tempoh masa yang lama.

Nostos: Records of The Self

Bahagian luar kabin facial

Nostos: Records of The Self

Antara produk yang digunakan pada wajah saya adalah seperti Aesop Purifying Cream Cleanser, Purifying Facial Exfoliant Paste, Parsley Seef Anti Oxidant Eye Cream serta Rosehip Seed Lip Cream. Bukan sekadar rawatan di wajah, pakar terapi turut memberikan urutan ringan di sekitar tangan, bahu dan kepala, langsung mengurangkan lagi kepenatan tubuh badan saya.

Kesimpulannya, setelah mencuba rawatan ini, kulit saya serta-merta bersih dan terasa lebih segar berbanding sebelum. Sememangnya saya juga akan menyarankan kepada semua di luar sana agar mengunjungi serta mencuba sendiri rawatan facial daripada Aesop. Ia bukan sekadar facial biasa, ia sememangnya memberikan rawatan customize buat setiap pelanggan mereka.

Nostos: Records of The Self

 

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE