SEARCH

#Mekap101: 5 Highlighter Yang Wajib Kamu Miliki Untuk Solekan Yang Lebih Menawan

#Mekap101: 5 Highlighter Yang Wajib Kamu Miliki Untuk Solekan Yang Lebih Menawan

Semua yang obses akan dunia mekap ini pasti tahu apa itu highlighter, bukan? Bagi saya, ia adalah salah satu item mekap yang harus ada di dalam makeup pouch saya. Penggunaan perkataan highlighter ini sebenarnya sudah cukup sinonim dalam setiap rutin mekap kita semua. Bagi saya, highlighter ini adalah wajib saya aplikasikan setiap kali bermekap.

Tahukah kamu, jika menggunakan highlighter dengan betul pada wajah pastinya akan memberi efek glow yang natural, sihat dan lebih berseri. Terdapat tiga bahagian penting pada wajah yang patut kamu apply highlighter ini iaitu di bahagian tulang pipi hingga ke bahagian sisi mata, pada mata juga di muncung bibir. Ada sesetengah juga turut melayangkan pada hujung hidung (namun jika dioles berlebihan, pastinya wajah kamu nampak begitu pelik dan tidak natural).

Antara lain yang perlu kamu ambil tahu ialah tentang rona highlighter yang sesuai dengan tona kulit kamu. Jika kamu memiliki tona kulit yang lebih pucat, pilih rona yang lebih hangat seperti merah jambu. Ingat, jangan oles secara berlebihan dek keran a semata-mata hendakk tampil cantik, wajah pula lebih fake!

Tiada susunan langkah yang tetap untuk kamu memakai highlighter ini sebenarnya. Yang penting, bedak asas dan juga concealer telah pun disapu. Pertama sekali, layangkan di mana-mana bahagian wajah yang ingin dihighlightkan. Jangan  lupa juga di bahagian bawah kening dan juga inner corner mata untuk buat solekan mata tampil lebih wow.

Di bawah, saya senaraikan lima highlighter terbaik yang pernah saya cuba. Baca dan pastikan kamu memiliki kesemuanya!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE