SEARCH

#HappyFriday Kami Kongsi Inspirasi Solekan Daripada Hijabista Pilihan Kami

#HappyFriday Kami Kongsi Inspirasi Solekan Daripada Hijabista Pilihan Kami

Kreativiti dalam bersolek hari ini tidaklah lagi menjadi sesuatu yang terhad di kalangan wanita. Kalau dulu, wanita berhijab tidak mengamalkan solekan tebal kerana ingin menjaga personaliti diri. Kini tidak lagi. Berbeza dengan hijabista hari ini. Tidak kira berhijab atau tidak, mereka bebas mengekspres diri. Kami kongsi inspirasi solekan terbaik daripada hijabista pilihan kami.

@Khaininakhalil

Hijabista Pilihan Kami

Hijabista Pilihan Kami

Influencer kecantikan yang semakin mendapat perhatian hari ini. Khainina gemar bermain dan berkeksperimen dengan pelbagai jenis solekan baik solekan bold mahupun minimalis. Antara look solekan pilihan kami daripada Khainina Khalil ini adalah seperti solekan bold yang memadankan gincu rona gelap bersama solekan wajah lain yang dibiar polos. Membuatkan keseluruhan gaya penampilan Khainina tampak lebih edgy. Manakala untuk solekan yang lebih klasik dan glamor, padanan gincu rona merah bersama solekan mata smoky antara pilihan bijak daripada Khainina.

@dollydalilah

Hijabista Pilihan Kami

Hijabista Pilihan Kami

Gemar bereksperimen dalam bersolek. Dolly yang sering dilihat tampil dengan solekan mata yang cukup bold. Antara look solekan terbaik Dolly yang menjadi pilihan kami sudah tentu solekan mata biru. Padanan solekan mata bold bersama gincu bibir rona koral bertekstur glos ini ialah pada saya satu padanan yang bijak. Ia membuatkan keseluruhan solekan Dolly tertumpu pada bahagian matanya. Selain itu, solekan gincu koral terang daripada Dolly ini juga antara solekan kegemaran kami. Tidak semestinya solekan rona terang tidak padan dengan mereka yang berkulit gelap. Dolly juga sudah membuktikannya. Cantik! Banyak lagi inspirasi solekan daripada Dolly yang boleh kamu jadikan inspirasi.

@farisafrina

Hijabista Pilihan Kami

Hijabista Pilihan Kami

Saya sukakan gaya solekan Farisa yang begitu subtle dan tidak terlalu melebih-lebih. Walaupun dia menyarung solekan daripada palet-palet warna bold dan meriah, solekannya masih tampak mulus dan cantik. Antara solekan pilihan kami daripada Farisa ini solekan eyeliner yang dilayang tebal pada mata Farisa. Selain itu, buat kamu yang letih hendak menyarung solekan tebal setiap hari, curi inspirasi daripada Farisa ini dengan mengenakan solekan minimal dengan suntikan rona koral dan merah jambu lembut. #WELAVVV

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE