SEARCH

Idea Baru Minimalisme Dalam Solekan, Simbol Feminisme Hari Ini

Idea Baru Minimalisme Dalam Solekan, Simbol Feminisme Hari Ini

Apa yang saya telah rumuskan sebelum ini di sini adalah sedikit sebanyak tentang apa yang saya mahu luahkan menerusi spread istimewa untuk ruang kecantikan bulan ini. Bagi trend solekan musim luruh 2017 ini adalah antara trend yang hangat dan bagi saya agak menarik untuk diketengahkan. Saya tidak mahu bicara tentang solekan no makeup makeup look yang bagi saya sudah klise. Setiap musim ada sahaja pentas yang memilih trend ini.

Tetapi tentang 5 trend yang saya anggap dominan buat musim ini. Ia bagai menitip pesan bahawa kita wanita sama berkuasa. Menerusi solekan-solekan ini, kita bisa sangkal mentaliti kelas ketiga dengan membidas, “Why can’t we?”. Why not? Saya mahu kamu tahu, solekan seperti ini memang boleh kita gayakan hari-hari. Ini adalah idea baru minimalisme dalam solekan.

Sitting Editor: Amira Azman  Pembantu Koordinator: Ardi Idewani  Arahan Seni & Ilustrator: Ashura Hakim  Solekan: Fendi Sani  Rambut: Garrie Bobs  Gambar: Raisa Azzam  Model: Riana Adams  Pakaian: COS

Idea Baru Minimalisme Dalam Solekan

Agak keterlaluan, namun metalik is so IN these days. Bergantung kepada cara kamu mahu menggayakannya. Kalau seluruh mata kamu palitkan pembayang mata jenis metalik itu, mungkin itu saya tafsirkan sebagai solekan kamu untuk ke pesta tertentu atau mungkin kamu punya solekan sesuatu tema. Namun teknik merias kemilau metalik yang mahu saya tekankan di sini adalah penggunaan unsur metalik dalam solekan mata jenis smoky.

Mewah dan glamor. Not your usual smoky eyes. Lihat sahaja bagaimana Fendi Sani memadu sempurna dua rona ini. Biasanya layangan rona metalik pasti pada bucu bahagian dalam mata. Tujuan, untuk memberi efek mata yang lebih besar. Tetapi untuk look ini, tidak. Hanya pada tengah kelopak mata. Saya yakin look ini mampu dibawa oleh apa jua jenis bentuk mata.

Namun teknik merias kemilau metalik yang mahu saya tekankan di sini adalah penggunaan unsur metalik dalam solekan mata jenis smoky. Mewah dan glamor. Not your usual smoky eyes.

Idea Baru Minimalisme Dalam Solekan

Oscar de La Renta, Vivienne Westwood dan Byblos antara yang tampil dengan solekan mata warna-warni. Saya fikir, ini trend yang agak menarik. Mainan rona-rona ceria pada mata. Gabungkan dua tiga warna, tidak ada salahnya. Dan melihat kepada generasi hari ini, Milenial mahu mencuba apa sahaja. Saya lihat, apa jua festival yang ada di Malaysia, baik yang berhijab atau tidak, semua sudah berani mencuba solekan tidak konvensional.

They do it because they want it. Tolak tepi ‘cantik’ sebenar. Jadi, sudah tentu trend colour pop ini antara yang saya anggap boleh kamu gayakan keluar rumah. Jika tidak mahu gayakan rona-rona vivid, pastel juga antara pilihan terbaik, namun kamu harus bijak memilih rona pastel jangan sampai menenggelamkan look kamu itu.

 

Idea Baru Minimalisme Dalam Solekan

Sejak melihat solekan bibir di pentas Giambattista Valli, saya tidak henti mengenakan solekan bibir ini. Jika musim luruh 2016 hangat dengan solekan bibir ala vampire, stained lips is the new lip trend untuk musim ini. Saya sukakan idea gincu merah memenuhi bibir. Untuk efek lebih mungil jangan lupa calitkan glos.

Bukan itu sahaja, Fendi (Sani) menepek rona sedikit gelap pada bahagian dalam bibir untuk efek ombre (bibir gradian sememangnya popular kerana arus trend K-Beauty yang gemarkan solekan bibir sebegini). Namun, kita olah sikit, agar tampak lebih classy. Kamu boleh gayakan solekan ini ketika keluar untuk temu janji makan malam.

 

Idea Baru Minimalisme Dalam Solekan

Walaupun solekan eyeliner warna-warni grafik ini sudah lama menjadi trend, namun yang ingin saya kongsikan adalah padanan rona silver dan garis-garis rona ceria grafik ini. It takes your look to the new level.

Silver has the power to make you look lit up! Sebab itu kami pilih rona ini untuk trend solekan grafik mata. Setiap tahun pasti ada rumah fesyen yang mengenakan trend mata grafik untuk pentas mereka. Musim ini saya tertarik dengan solekan mata di pentas Chanel, Thierry Mugler, Prabal Gurung dan Tome. Lantas memberi inspirasi untuk mencipta satu solekan mata yang lain dari yang lain dan telah direalisasikan dengan jayanya oleh Fendi.

Pilihan rona yang dipilih Fendi juga agak kena dengan pilihan rona-rona yang bagi saya agak in dikalangan milenial. Walaupun solekan eyeliner warna-warni grafik ini sudah lama menjadi trend, namun yang ingin saya kongsikan adalah padanan rona silver dan garis-garis rona ceria grafik ini. It takes your look to the new level.

 

Idea Baru Minimalisme Dalam Solekan

Satu lagi trend yang tak pernah lupus setiap musim. Bila sebut tentang bulu mata, paling tidak boleh kita lupa ikon Twiggy akan bulu matanya yang ikonik. Dan bila ada sahaja pentas yang menggunakan trend ini, pasti akan mengaitkan dengan vibe ala 60-an.

Namun tidak musim ini, trend long lashes yang dapat kita saksikan antaranya di pentas Jeremy Scott, MGSM dan Pucci ini menyuntik elemen yang agak moden. Ada yang bermain dengan maskara berwarna untuk tampil lebih fun dalam solekannya. Namun, bagi kami hitam lebih mempesona. Boleh digayakan hari-hari. Oversized lashes tak perlu tampak palsu. Keep them simple, but statement.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE