SEARCH

Ignasi Monreal Berkolaborasi untuk Kempen Gucci Gift Giving Sempena Musim Percutian Hujung Tahun Ini

Ignasi Monreal Berkolaborasi untuk Kempen Gucci Gift Giving Sempena Musim Percutian Hujung Tahun Ini

Seperti sudah kita tahu, rumah fesyen Gucci saban tahun pasti bekerjasama dengan artis-artis untuk kempennya. Dan kali ini, Gucci memilih Ignasi Monreal untuk berkolaborasi bersama buat Kempen Inisiatif Gucci Gift Giving 2017. Daripada Coco Capitán, Unskilled Worker hinggalah ke Yuko Higuchi, ternyata Gucci amat menggemari kolaborasi seni seperti ini.

Artis kelahiran Sepanyol ini terkenal dengan seni signaturnya yang bertemakan Surrealist. Dia memadu seni moden kini ke dalam bentuk digital. Padan dengan gaya signatur Gucci yang sering tampil dengan rekaan yang agak eklektik. Dia mula dikenali di dalam industri fesyen ini ketika usianya masih muda dan sering menjadi perhatian kerana signatur solekannya yang begitu meriah dengan palet-palet warna memukau.

Tidak ketinggalan, Ignasi Monreal turut meluahkan seninya buat kempen inisiatif Gift Giving menerusi haruman Gucci Bloom serta Gucci Guilty. Bukan itu sahaja, September yang lalu, Monreal turut dijemput untuk menghias serta berdekorasi di Gucci Artwalls yang bertempat di Milan dan New York bersempena pelancaran terbaru haruman Gucci Bloom. Malah tidak terhenti di situ, dia juga bakal merangka serta meluahkan seninya di dinding Gucci Artwalls sekali lagi untuk mempromosikan kempen Gift Giving ini.

Lihat hasil seni Ignasi Monreal untuk Gucci Bloom dan Gucci Guity

Ignasi Monreal

Gambar: Artworks by Ignasi Monreal

Ignasi Monreal

Gambar: Artworks by Ignasi Monreal

Gucci Bloom & Gucci Guilty

Ignasi Monreal

Ignasi Monreal

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE