SEARCH

Apakah Nilai Influencer Kecantikan Hari Ini?

Apakah Nilai Influencer Kecantikan Hari Ini?

Bercakap tentang influencer, ia satu anggungjawab besar di mana mereka ini bertanggungjawab mendidik orang ramai ke arah kebaikan. Betul, bukan? Mereka dipilih oleh pengikut untuk dijadikan sebagai idola dan inspirasi. Sudah boleh jadi Perdana Menteri negara. Kevin Roose dari The New York Times pernah berkongsi di mana dia pernah menghabiskan masa di Vidcon, konvensyen media sosial yang berlangsung setiap tahun di Anaheim. Di situlah berkumpulnya “future internet celebrities” rata-rata berumur 20-an dan sememangnya pakar dalam platform ini. Mereka bukan sahaja mendominasi dunia internet dan hiburan, akan tetapi mendominasi masyarakat itu sendiri secara keseluruhannya. Namun, persoalan saya, apakah nilai yang ada di dalam diri Influencer kecantikan hari ini? Apakah keistimewaan setiap satu daripada mereka ini?

Bukan bercakap tentang Kylie Jenner atau Huda Kattan mahupun Jeffree Star. Mereka punya kualiti mereka tersendiri. Lihatlah kejayaan mereka, selayaknya mereka digelar Influencer kecantikan. Itu jika kita lihat menerusi konteks yang luas, cuba kamu kecilkan konteksnya hanya di Malaysia hari ini.

Baru-baru ini saya hadir ke satu parti majlis pelancaran (walaupun sudah sering menghadiri) tetapi vibe kali ini agak berbeza. Dihadiri oleh pelbagai jenis influencer. Ada selebriti, micro influencers, ada juga yang belum pernah saya lihat di mana-mana parti kecantikan pun sebelum ini. Dalam hati saya terdetik, baguslah. Lebih ramai influencer kecantikan wujud, lebih meriah. Lebih banyak ilmu kecantikan boleh saling dikongsi. Jangan sekadar menjadikan ‘wajah cantik’ sahaja sebagai kandungan media sosial kamu sudah. Kata Content Creator.

Bukan mahu mengutuk atau apa, pernah saya melihat satu ‘micro-influencer’ media sosial Malaysia yang sehingga hari ini saya tidak tahu apakah pengaruhnya yang membuatkan ramai mengikuti insan ini. Ketika itu, dia mempromosikan fake braces. Ya Tuhan! Itu ayat pertama yang terpacul daripada mulut saya. Bagaimana kamu hendak menjadi pengaruh baik kepada pengikut jika kamu mempromosikan produk yang salah dan membahayakan ini? Ramai juga yang mempromosikan barang tanpa berfikir. Berkata-kata tanpa berfikir. Hendak mendidik orang bukan mudah. Tanya Editor majalah. Sebelum menulis sesuatu, harus dilengkapkan dengan kajian. Esok, kalau sesiapa soal penulisan kita, sekurang-kurangnya ada ilmu di dada.

Bukan itu sahaja, mungkin niat influencer kecantikan hari ini ialah apabila sudah popular, boleh kembangkan empayar. Cipta produk kecantikan jenama sendiri. Itu sudah biasa, seperti trend pula di Malaysia ini. Sekali lagi, tak salah mencari rezeki sebegini. Namun, biar sama kualitinya dengan diri dan status kamu sebagai seorang yang berpengaruh dan tahu baca kamus kecantikan. Bukan sekadar mahu mengutip keuntungan dengan menjual produk-produk yang entah apa-apa kandungannya.

Tidak semua influencer kecantikan di Malaysia seperti yang saya katakan ini. Ada sahaja yang bagus. Namun, pesanan saya buat yang BBNU (budak baru nak up), jangan sekadar menjual rupa paras yang cantik untuk menawan pengikut media sosial hari ini. Tolonglah. Penuhkan ilmu di dada sekali. Silap langkah, kamu boleh dibuli oleh netizen yang akhirnya membinasa diri sendiri seperti yang terjadi pada influencers kecoh di media sosial Malaysia hari ini. Sehingga harus membuat video pengakuan serta penerangan mengapa keputusan SPM mereka merosot teruk di sekolah. Sampai begitu sekali netizen menghentam. Bayangkan.

Dan kamu sebagai netizen, bagaimana pula pendapat kamu tentang social media influencers ini?

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE