SEARCH

Inspirasi Solekan: 7 Look Alexis Carrington (Dynasty)

Inspirasi Solekan: 7 Look Alexis Carrington (Dynasty)

Entah mengapa tiba-tiba sahaja saya teringat sangat dengan siri TV (soap opera) Dynasty. I mean I grew up in the 80’s. Saya membesar menonton siri ini. Bersiaran sepanjang era 80-an, ia mengisahkan tentang pergolakan keluarga kaya dan ternama, the Carringtons berlatarkan bandar Denver, Colorado. Tetapi watak yang paling mengesankan dalam siri ini tentulah Alexis Carrington, bekas isteri hartawan Blake Carrington. Bukan sahaja busana-busananya tetapi juga yang paling membekas ingatan tentu sekali solekan yang dicipta untuk watak Alexis.

Solekan-solekan yang dicipta untuk Alexis dianggap mencorakkan trend solekan in the 80’s. Kerana itu saya merasakan penting untuk mengabadikan solekan ini dalam rencana kali ini. Seperti yang rata-rata kita sedia maklum, solekan 80-an begitu kuat bermain dengan warna-warna terang. Ingat lagi kartun Jem and the Hologram. That was the 80’s. Teknik contouring yang melampau dan solekan mata yang galak. Sungguh seronok. Kalau sayalah yang bekerja dengan produksi Dynasty, puaslah saya dapat mencuba pelbagai jenis solekan apalagi untuk siri yang mendapat rating siri TV nombor 1 mulai 1985 (ia bersiaran dari 1981 hingga 1989).

Watak Alexis dicipta bitchy dan ada unsur ‘girl power’ padanya. Dia bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri. Dia harus mengemudi hidupnya sendiri. Dan sebagai menunjukkan watak berani dan in charge of herself ini saya kira kerana itulah dicipta solekan-solekan garang yang menyampaikan mesej ‘I am in charge’. Dan kerana siri ini dicipta pun bertujuan mencipta fantasi buat penonton-penontonnya, tiada peraturan yang digariskan dalam membentuk karakter Alexis. Basically you can do any sort of makeup for the character. Lebih exaggerated, lebih bagus mungkin. I mean, satu scene di mana Alexis memakai hair towel dan bath robe pun solekannya penuh dan sempurna. Memang tak real lah kan? Tapi namanya pun soap opera untuk mencipta fantasi, tepatlah caranya itu. Jadi bagi menerangkan dengan lebih lanjut solekan yang dicipta untuk Alexis, saya menyenaraikan tujuh look yang pernah menghiasi wajahnya sepanjang Dynasty bersiaran. Mungkin tak sesuai sangat mengikut peredaran masa yang kini lebih menerima solekan natural, tetapi mana tahu boleh dijadikan inspirasi buat kamu untuk acara-acara tertentu?

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE