SEARCH

Inspirasi Solekan Korea Musim Bunga Buat Percutian Stailish Kamu

Inspirasi Solekan Korea Musim Bunga Buat Percutian Stailish Kamu

Kebiasaannya setiap kali bercuti, pastinya diri menjadi teruja ingin melawat tempat-tempat baharu yang belum pernah dikunjungi. Dan mood percutian itu juga bergantung kepada tempat mana yang ingin dikunjungi baik percutian pantai atau ke destinasi-destinasi bandar. Kali ini kami berpeluang ke Pulau Jeju, antara pulau paling popular di Korea Selatan yang menjadi destinasi kunjungan pelancong seluruh dunia. Dan bulan April bulan yang paling sempurna untuk kami kunjungi pulau ini kerana ketika inilah kita dapat saksikan musim bunga mekar menghiasi seluruh pulau Jeju.

Setiap kali mengembara, bukan sahaja perlu memikirkan jenis pakaian apa yang harus dibawa, bag solekan serta penjagaan wajah juga sama penting dalam konteks “to do list” ketika ingin pek beg kembara kamu jika kamu mahukan percutian yang lebih stailish dan bermakna. Ya lah, percutian kamu pastinya tidak akan lengkap tanpa memori bergambar di balik monumen-monumen serta lokasi indah di Pulau Jeju ini. Dan jika kamu yang bakal bercuti dan mahu mencari inspirasi solekan terbaik yang tidak terlalu dramatik, kami kongsi inspirasi solekan Korea musim bunga kami ini buat kamu semua.

Sudah tentu kamu tidak mahu membebankan diri dengan penampilan yang melampu ketika bercuti. Kamu pasti inginkan segalanya yang light dan minimal. Walau berpenampilan minimal, kamu juga sebenarnya mampu bersiap dengan solekan yang punya suntikan segar dan mainan warna pada wajah.

Inspirasi Solekan Korea

Mainan rona seperti koral adalah antara rona sesuai kamu gayakan buat percutian musim bunga dan panas. Apatah lagi ke destinasi pulau seperti ini. Dan rona lembut koral seperti ini antara rona yang menjadi pilihan wanita-wanita Korea. Dan jangan ingat rona koral ini hanya sesuai buat jenis tona kulit tertentu sahaja. Rona ini boleh dipadan pada semua jenis tona kulit baik yang cerah mahupun gelap.

Inspirasi Solekan Korea

Inspirasi Solekan Korea

Inspirasi Solekan Korea

Buat kamu yang mahu pelbagaikan lagi gaya solekan, pilihan rona lembut serta merah jambu juga antara rona yang terbaik buat kamu yang mahukan solekan sesuai ketika bercuti. Lakukan sedikit kelainan dengan tampil solekan ala monokromatik. Padankan rona sama pada bahagian mata dan bibir untuk hasil solekan yang lebih manis. Jika kamu tidak mahukan solekan yang ketara, layangkan sahaja salap bibir berwarna. Di samping memberi efek solekan wajah yang segar, kamu juga boleh merawat bibir kering terutama sekali apabila bercuti di Pulau Jeju yang berangin yang mampu membikin kulit wajah kering ini. Manakala sebelah malam pula, jika kamu sedikit suntikan romantik, padankan solekan bibir yang sedikit gelap.

Item Solekan Pilihan Kami KETIKA BERCUTI

Seperkara lagi, percutian ini bukanlah segalanya tentang penampilan kamu sahaja. Tujuan asal percutian adalah untuk kamu meneroka destinasi pilihan kamu. Dan semestinya kamu tidak mahu senantiasa touch up solekan jika kamu seharian di luar. Pilihan bedak asas adalah antara kunci kepada solekan sempurna. Tip untuk mendapatkan solekan mulus bermula daripada lapisan asas solekan. Dan bedak asas ini harus dipilih dengan sebaik mungkin. Tidak semestinya jika kamu sudah terbiasa dengan bedak asas berformula bebas minyak, kamu harus berpegang pada formula yang ini sahaja. Saranan kami, jika kamu ke negara sejuk, ubah formula bedak asas kamu mengikut kesesuaian cuaca.

Cadangan kami, cuba bedak asas innisfree daripada rangkaian My Foundation kerana ia punya pelbagai formula serta rona yang pasti sesuai dengan kamu. Kadar lembapan yang boleh dipadankan mengikut kondisi kulit kamu kerana rangkaian ini punya tiga jenis peringkat bedak asas daripada kemasan matte, semi-matte hinggalah ke kemasan glow. Dan ketiga-tiga jenis formula ini hadir dengan bahan kandungan yang berbeza-beza serta memberi manfaat kepada kulit wajah kamu. Bukan itu sahaja, tiga jenis peringkat bedak asas ini juga memiliki kadar liputan yang berbeza daripada liputan natural sehingga ke liputan menyeluruh sesuai buat semua jenis solekan yang ingin kamu cipta daripada solekan siang hingga ke solekan malam.

PEJAGAAN KULIT JUGA SAMA PENTING

Dan kehebatan serta kemulusan solekan pada kanvas wajah kamu itu sebenarny bergantung kepada cara dan teknik kamu menjaga kulit wajah. Kulit yang kurang lembapan atau juga lesu dan pucat antara faktor solekan kamu tidak tahan lama pada wajah. Makanya, pemilihan rangkaian penjagaan wajah yang baik dan sesuai dengan kulit kamu adalah amat penting. Kami cadangkan kamu cuba rangkaian terbaru innisfree iaitu rangkaian Jeju Pomegranate Revitalizing yang hadir dengan set lengkap seperti pencuci muka, toner, emulsi, serum, krim wajah, esen mata dan pupur tidur.

Buat yang masih belum tahu, buah delima ini punya kuasa dan manfaat yang baik dalam merawat 5 tanda penuaan pada kulit wajah seperti kehilangan lembapan, keserian, ketegangan, kedutan halus serta daya tahan kulit. Minyak biji buah delima yang terdapat di dalam rangkaian ini juga memiliki fungsi penting sebagai dinding perlindungan antioksidan terbaik bagi mengelak kulit daripada menua. Bukan itu sahaja, jus buah delima juga punya kebaikannya yang tersendiri di mana ia mampu membantu mempertingkatkan lagi keserian serta kesihatan kulit wajah daripada dalam. Dan dengan adanya bahan seperti Niacinamide di dalam rangkaian ini dapat mengukuhkan lagi keanjalan kulit lantas membuatkan kulit bebas kendur. Hasilnya bukan sahaja kulit wajah akan menjadi lebih sihat bermaya, malah juga solekan kamu akan serta-merta tampak lebih berseri.

Kunjungi innisfree Jeju House di Pulau Jeju

Jika kamu berpeluang ke Jeju, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke innisfree Jeju House yang bertempat di Seogwipo, Jeju. Di sinilah hub buat jenama innisfree yang berasal daripada Pulau Jeju ini. Pastinya pengalaman berada di rumah innisfree di Jeju ini berbeza daripada mana-mana butik innisfree pernah kamu lawati. Di sini kamu boleh bersantai di kafenya dengan mencuba pelbagai pemanis mulut serta minuman signatur mereka seperti Hallabong Blender serta Aewol Sea Lemon Ade yang mampu memberikan rasa segar sepanjang trip percutian kamu. Selain itu, beberapa aktiviti turut disediakan buat pengunjung yang hadir antaranya seperti aktiviti membuat sabun muka serta poskad buatan sendiri. Dan jika kamu yang ingin menghirup udara segar bolehlah berjalan di sekitar rumah Jeju ini dan berkunjung ke ladang teh milik jenama ini.

Inspirasi Solekan Korea

Inspirasi Solekan Korea

Inspirasi Solekan Korea

Untuk kamu yang ingin mendapatkan atau mengenali lebih lanjut tentang produk-produk kecantikan daripada innisfree ini, bolehlah kunjungi www.innisfree.com atau ke laman Facebook mereka, innisfreeMYS juga Instagram @innisfree_malaysia.

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE