SEARCH

Inspirasi Solekan Raya & Tutorial Mekap Daripada Youtuber Lokal Pilihan Kami

Inspirasi Solekan Raya & Tutorial Mekap Daripada Youtuber Lokal Pilihan Kami

Pejam celik pejam celik, tinggal lagi sehari kita hendak menyambut hari yang mulia, Hari Raya Aidilfitri. Saya yakin di saat-saat akhir ini semestinya kamu semua tak menang tangan. Ada yang hendak menghabiskan kerja yang banyak di pejabat sebelum bercuti panjang, ada yang masih mencari baju raya, ada juga yang sudah sibuk membantu ibu mengemas rumah. Saya juga tidak ketinggalan. Namun sesibuk mana sekalipun, saya masih mahu meluangkan masa memikirkan look solekan bagaimana yang mahu saya gayakan di pagi Raya nanti. Al-maklumlah, hari pertama pasti banyak berjalan kan.

Kalau boleh dari balik sembahyang Raya hingga ke malam, jika tidak berkunjung ke rumah orang, orang yang berkunjung ke rumah kita. Dan jika sebelum ini saya senaraikan produk mesti ada untuk kamu nampak cantik di pagi Hari Raya, hari ini saya ingin kongsikan pula beberapa look inspirasi solekan raya dan tutorial mekap pilihan saya di Youtube. Pilihan saya untuk solekan pagi Raya nanti? Mestilah yang simple namun masih nampak elegan dan tidak terlalu dramatik.

Lihat beberapa tutorial di bawah. Dalam banyak-banyak, ini pada saya look yang sesuai untuk digayakan tidak kira di pagi raya, malam raya, yang penting sebulan kita beraya. Wahai adik-adik, hentikan solekan yang sarat. Jika kamu sarung bulu mata palsu, pilih yang boleh memberi efek natural. Jangan pilih bulu mata setebal atap rumah ya, nanti mata kamu sendiri yang penat. Tip lain juga, jangan lupa prep kulit wajah dengan primer terbaik sebelum bersolek, agar mekap kamu itu tahan sepanjang hari.

Sudahkan juga dengan penggunaan setting spray, barulah solekan kamu nampak kemas sentiasa. Jika kamu hendak gayakan gincu bibir merah hangat, saya sarankan untuk menyolek ringkas dibahagian wajah yang lain. Tidak perlu menyarung pembayang mata tebal, agar look keseluruhan kamu nampak lebih seimbang. Apa tunggu lagi, tonton tutorial di bawah dan selamat mencuba, girls!

Tutorial Mekap Daripada Youtuber Lokal Pilihan Kami

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE