SEARCH

#FollowMonday : 3 Akaun Instagram Kecantikan Perlu Kamu Follow Minggu Ini

#FollowMonday : 3 Akaun Instagram Kecantikan Perlu Kamu Follow Minggu Ini

Kamu masih tercari akaun Instagram mana yang boleh dijadikan inspirasi kamu tahun ini? Mari saya senaraikan 3 akaun Instagram kecantikan yang perlu kamu ikut minggu ini.

@rodee

Instagram KecantikanWanita cantik ini mula saya lihat di laman Pinterest setiap kali saya menaip di pencarian tentang kecantikan. Kulitnya yang mulus, bibir yang mungil, kontur wajahnya yang sempurna buat saya tertanya-tanya siapakah wanita ini. Akhirnya, saya jumpa Instagram wanita ini. Ternyata dia seorang “influencer” dalam dunia kecantikan ini. Minatnya begitu terserlah kelihatan dalam mekap terutama sekali tentang mekap bibir. Rodee juga baru mula berjinak-jinak di dalam dunia Youtube dan kini memiliki pengikut hampir 52 ribu.

 

@beaute.defile

Instagram Kecantikan

Instagram Kecantikan

Akaun milik blogger Christina K. ini cukup menarik sekali. Her beauty flatlay is another level! Setiap gambar-gambarnya cukup untuk membuatkan kamu terinspirasi membeli kesemua produk kecantikan yang dimilikinya. Setiap gambar yang dimuat naik Christina pasti disertakan dengan penerangan panjang lebar tentang produk itu. Dan kebiasaannya semua produk yang dimuat naiknya adalah produk yang dipakai, bukan sekadar membuat reviu biasa. Dan jelas sekali kita dapat lihat, Christina ini amat mementingkan penjagaan kulit wajah.

@camilacoelho

Instagram Kecantikan

Instagram Kecantikan

Siapa yang tidak kenal dengan wanita ini. Memiliki pengikut sebanyak 7.5 juta, wanita asal Brazil ini juga teman baik blogger fesyen, Aimee Song. Kariernya bermula sebagai mekap artis dan kemudian mula dengan memuat naik video-video tutorial solekan di Youtube hampir 10  tahun lalu, Camila kini antara idola wanita di dalam dunia kecantikan. Dia juga memiliki dua akaun Youtube kecantikan yang didedikasikan buat dua jenis penonton. Satu akaun buat mereka yang memahami bahasa Inggeris, satu lagi akaun khas dibuat di dalam bahasa Portugis. Bukan sahaja mahir dalam bermekap, dia juga amat meminati dunia fesyen.

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE