SEARCH

#Instailgramworthy : Inspirasi Beauty Look Terbaik Pilihan Kami Boleh Kamu Cuba Bulan Ini

#Instailgramworthy : Inspirasi Beauty Look Terbaik Pilihan Kami Boleh Kamu Cuba Bulan Ini

Sedar tak sedar, kita kini sudah memasuki bulan yang baharu. Bermacam acara menarik juga saya lihat akan berlangsung bulan ini. Antaranya seperti festival Good Vibes 2018! YASSS! Adakah kamu semua sudah bersedia? Selain pesta muzik, pada saya ia juga ibarat pesta kecantikan. Semua yang hadir pasti bergaya sakan terutama dari segi bermekap dan dandanan rambut. Tidak sabar untuk saya melihat gelagat-gelagat mereka ini. Namun, jika ada di antara kamu yang masih belum punya idea look yang mahu kamu cuba untuk ke festival sebegini atau juga buat kamu yang mahu mencari gaya yang lebih baharu bulan ini, apa kata lihat seleksi beauty look yang cukup #Instailgramworthy pilihan kami boleh kamu cuba bulan ini.

Buat kamu yang sukakan gaya minimalis dan tidak terlalu sarat, cuba look seperti ini. No Make up Make up Look, sekadar menggayakan glos bibir, pembayang pipi jenis krim untuk memberi efek yang lebih natural serta sedikit highlighter untuk menyerikan lagi wajah.

Red on red! Antara look yang masih in bulan ini. Padankan pembayang mata rona merah kemilau dan gincu bibir merah hangat jenis pusam. Kemudian biarkan bahagian wajah yang lain tampil natural. Perfect! Inilah definisi solekan moden glamor.

Sesuai untuk ke acara festival ataupun digaya waktu berlibur bersama teman-teman. Padankan celak mata ala cat eye untuk efek klasik dan padukan bersama lapisan pembayang mata kemilau untuk suntikan gaya yang lebih fun.

Saya tahu hari ini masyarakat Amerika merai Hari Kemerdekaan mereka, dan boleh kita lihat juga aksi mereka yang tersendiri merai hari bersejarah ini. Seperti Hung Vanngo yang merainya menerusi solekan. Dan pada saya ini juga antara solekan yang boleh kamu cuba. Padankan rona biru elektrik bersama bibir merah atau koral.

Silver ????????‍♀️

A post shared by María Bernad (@maria_bernad) on

Jika kamu berani dan mahu tampil lebih cool, cuba gaya solekan mata sebegini. Tidak perlu sarung melebih-lebih pada bahagian wajah yang lain. Cukup sekadar mengfokus pada bahagian mata.

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE