SEARCH

James Charles Hilang Hampir 2 Juta Pengikut Gara-Gara Isu Tidak Puas Hati Tati Westbrook

James Charles Hilang Hampir 2 Juta Pengikut Gara-Gara Isu Tidak Puas Hati Tati Westbrook

Tidak disangka sama sekali, isu pergaduhan di antara Tati Westbrook dan James Charles ini bakal mengakibatkan salah seorang daripada mereka hilang hampir 2 juta pengikut di laman Instagram mereka. Ya, ini lah dia impak yang tidak kami sangka akan terjadi kepada James Charles. Satu nama yang agak besar di dalam industri kecantikan global.

James Charles

Siapa tidak kenal dengan mereka ini. Tati Westbrook yang dikenali dengan nama @glamlifeguru di Instagram ini antara influencer kecantikan pertama di dalam industri ini. Banyak berkongsi video tentang tutorial solekan, reviu serta sering berkongsi kisah hidup bersama pengikutnya. Westbrook juga memiliki jenama penjagaan rambutnya sendiri yang diberi nama Halo Beauty.

Manakala James Charles, saya pasti ramai di kalangan Millenials mengenali dia ini kerana dia antara lelaki yang berani bermekap dan sering tampil dengan idea solekan artistik di khalayak ramai. Baru sahaja berumur 19 tahun, namun Charles adalah antara influencer baru yang sudah menapak teguh namanya di dalam industri ini. Antaranya, pada 2016, Charles telah dilantik sebagai wajah lelaki pertama buat jenama Cover Girl. Serta pada tahun lalu, dia turut diberi penghormatan untuk berkolaborasi bersama Morphe untuk menghasilkan palet pembayang mata. Hubungan Charles dan Westbrook ternyata sangat rapat sehingga Charles sendiri memanggil mentornya itu dengan panggilan “Mother”.

APA YANG TELAH TERJADI?

Hendak dijadikan cerita, kesemua ini terjadi kerana Charles tanpa rasa bersalah mempromosikan jenama pesaing Halo Beauty milik Westbrook iaitu SugarBearHair di akaun Instagramnya sehari selepas tamat Festival Coachella. Itu yang membuatkan Westbrook rasa kecewa dan mengambil keputusan meluahkan rasa sedih di laman Instagram Story miliknya. Walaupun tidak menyebut nama tertentu di dalam videonya itu, ramai tahu Westbrook sedang bercakap tentang Charles.

Selepas kejadian itu, Charles ada membalas kembali dan memberi respons menjawab persoalan Westbrook. Katanya, jenama SugarBearHair banyak membantunya ketika di Coachella dan sebagai balasan, dia membantu dengan mempromosikan jenama itu di Instagramnya.

James Charles

Mungkin kerana kisah ini semakin parah, pada Jumaat minggu lalu, Westbrook membuat keputusan untuk memuat naik video berdurasi 43 minit bercerita tentang segalanya yang terjadi di antara dia dan Charles. Video itu mendapat perhatian lebih 40 juta penonton.

Keesokan harinya, Charles pula membuat keputusan untuk membalas kenyataan Westbrook dengan memuat naik video memohon maaf di atas segala kejadian yang telah berlaku. Walaupun di dalam video itu menunjukkan keikhlasan Charles menyesali segala yang telah terjadi, segalanya mungkin telah terlambat. Rupanya ramai juga di kalangan influencer kecantikan lain yang sepertinya tidak berpuas hati dengan Charles dan menyokong padu tindakan Westbrook.

Antaranya seperti Jefree Star,

James Charles

Kesan daripada isu ini, sebuah akaun YouTube, Tea4Real, telah membuat kajian dan berkongsi sebanyak 2 juta pengikut Charles memilih untuk unfollow nya selepas Westbrook memuatnaik video pada Jumaat lalu (kamu boleh tonton hingga kini secara langsung pergerakan jumlah pengikut mereka berdua ini menerusi akaun Tea4Real). Dan di sebalik itu, ramai yang kini telah mula menunjuk rasa sokong kepada Westbrook. Jumlah pengikutnya telah naik mendadak apabila hampir 4 juta akaun Youtube awam mula mengikutnya.

Jadi, menurut kamu, adakah James Charles harus diberi peluang kedua? Kongsi dengan kami.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE