SEARCH

Asid Yang Elok Untuk Kulit Wajah Kamu

Asid Yang Elok Untuk Kulit Wajah Kamu

Asid mungkin kedengaran agak kasar atau bahaya untuk digunakan sebagai produk penjagaan wajah dalam rutin harian kamu, tapi tahukah kamu ada beberapa jenis asid yang bertindak dengan sangat baik untuk menyelesaikan masalah kulit?

Terdapat pelbagai jenis produk penjagaan kulit berasaskan asid berada di pasaran masa kini, namun hari ini saya akan mudahkan kerja kamu dengan menyenaraikan beberapa jenis produk yang mungkin berkesan dalam membantu menyelesaikan pemasalahan kulit kamu.

Sebelum membuat pemilihan produk, adalah penting untuk kamu mengenali masalah kulit kamu sendiri terlebih dahulu. Adakah terlalu berminyak? Mempunyai masalah jerawat aktif ataupun bekas jerawat?

1. Kulit berminyak

Kita mulakan dengan kamu yang mempunyai masalah kulit berminyak. Saya pasti ramai antara kita mempunyai masalah ini, tambahan pula tinggal di kawasan yang bercuaca panas menjadikan liang pori kita lebih mudah menghasilkan minyak secara berlebihan. Yup, kita tak perlukan lebihan minyak ini untuk menggoreng ikan.

Cari produk yang mengandungi asid hyaluronik seperti SKIN INC Hyaluronic Acid Serum dan Hada Labo Blemish & Oil Control Hydrating Lotion.

asid

asid

2. Kulit Berjerawat

Asid salisilik adalah pilihan terbaik untuk kamu yang mengalami masalah jerawat oleh kerana kebolehannya untuk menghalang pengeluaran sebum secara berlebihan sekaligus membantu untuk mengurangkan pertumbuhan jerawat dari membiak secara besar-besar di wajah kamu.

Antara produk mengandungi asid salisilik yang boleh kamu cuba adalah Glossier Solution dan Mario Badescu Anti Acne Serum.

asid

asid

3.  Kulit Berparut

ini salah satu masalah yang boleh dianggap serius bagi kaum wanita kerana ia sedikit sebanyak mencacatkan keyakinan diri kita. Jadi untuk tampil lebih yakin, selitkan antara dua produk ini dalam rutin penjagaan kulit kamu iaitu The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1% dan Mario Badescu Glycolic serum.

Dengan penggunaan yang konsisten kamu pastinya akan teruja dengan bekas parut yang semakin pudar hari demi hari.

asid

asid

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE