SEARCH

Jennie Blackpink Hanya Guna Dyson Untuk Rambutnya! Ikuti Kisah STAIL Bersama Dyson di Korea

Jennie Blackpink Hanya Guna Dyson Untuk Rambutnya! Ikuti Kisah STAIL Bersama Dyson di Korea

Bulan lepas, STAIL berpeluang ke Seoul, Korea atas undangan Dyson untuk merasai sendiri pengalaman dan kisah di sebalik sains serta seni reka aksesori tambahan secara eksklusif bagi semua alatan rambut daripada jenama ini. Lebih mengujakan, saya juga berpeluang bertentang mata bersama Park Je Hee, penata gaya rambut popular yang pernah mendandan rambut Jennie Blackpink juga pelakon, Hyojin Kong. Kata dia, Jennie Blackpink hanya guna Dyson untuk rambutnya! Benarkah?

Sebelum itu mari saya kongsikan dahulu di mana untuk pengetahuan semua, aksesori tambahan bagi produk Dyson Supersonic juga Dyson Airwrap ini telah dijuruterakan semula agar ia mampu memberi kepuasan lebih dan kelebihan dalam setiap rutin menata rambut menggunakan produk ini namun pada masa sama, masih mengekalkan serta mengutamakan kesihatan rambut dan kulit kepala pengguna.

Jennie Blackpink Hanya Guna Dyson

Dari kiri: pengering rambut, atas: aksesori lama, tengah kiri: re-engineered styling concentrator, gentle air dryer, bawah: re-engineered diffuser

Tiga aksesori tambahan terbaru untuk Dyson Supersonic ini ialah Gentle air dryer, Re-engineered diffuser dan Re-engineered styling concentrator. Untuk aksesori gentle air dryer ini dicipta khas bagi kamu yang memiliki kulit kepala sensitif atau berambut halus. Manakala untuk re-engineered diffuser pula kini dicipta lebih panjang (prongs) untuk peredaran udara dan proses pengering yang lebih sempurna. Akhir sekali, re-engineered concentrator pula dicipta lebih besar dan lebar juga lebih ramping untuk aliran udara yang lebih tepat.

Setibanya kami di Seoul Auction, Gangnam, tempat berlangsungnya acara previu ini, kami dipersembahkan dengan kaunter pemeriksaan rambut di mana kami berpeluang mendekati dan melihat bagaimana kondisi rambut kami menerusi satu device yang telah disediakan. Selain itu, pameran sains penciptaan Dyson Supersonic turut dibina cantik agar kami dapat memahami dengan lebih jelas lagi tentang produk ini.

Jennie Blackpink Hanya Guna Dyson

Jennie Blackpink Hanya Guna Dyson

Turut hadir di acara eksklusif previu ini ialah Sam Burrowes, Jurutera Reka Bentuk Lanjutan di Dyson. Sam adalah sebahagian daripada tim reka bentuk yang membangunkan pengering rambut Dyson Supersonic ini.

Jennie Blackpink Hanya Guna Dyson

Seperti yang kamu tahu, kami tidak pernah puas dengan setiap hasil teknologi ciptaan kami. Maka, kami senantiasa mencari jalan dan cara untuk menambah baik setiap mesin kami. Dan untuk membangunkan aksesori tambahan baru untuk Dyson Supersonic dan Dyson Airwrap Styler memerlukan masa, penyelidikan, reka bentuk dan pembangunan yang lama serta ujian yang tidak terkira banyaknya pada pelbagai jenis rambut.”

Tambah Sam lagi,

Di Dyson, kami percaya uji kaji secara obsesif di setiap pasaran itu penting dan kami hanya akan melepaskannya apabila kami benar-benar berpuas hati akan prestasi produk kami. Jangan risau, aksesori tambahan terbaru ini akan tiba di Malaysia tidak lama lagi, jadi tunggu.”

 

Secara logiknya, penggunaan pengering rambut secara berlebihan dapat merosakkan rambut dan kulit kepala. Apatah lagi, buat mereka yang memiliki rambut berwarna, halus serta berkulit kepala sensitif. Maka dengan itu, Dyson hadir dengan aksesori tambahan terbaru seperti gentle air-dryer ini agar mereka yang memiliki masalah seperti yang tadi dapat mengeringkan rambut tanpa rasa was-was. Dan seperti yang kita tahu lagi, Dyson ini satu-satunya jenama yang memiliki produk alatan penjagaan rambut dengan teknologi terbaik.

Jennie Blackpink Hanya Guna Dyson

Penata gaya rambut popular Korea, Park Je Hee, berkongsi pelanggan seperti Jennie pernah memberitahu yang dia hanya mengeringkan rambut menggunakan Dyson Supersonic,

“Ya, Jennie daripada kumpulan Blackpink hanya mahukan yang terbaik untuk rambutnya. Dia lebih selesa menggunakan pengering rambut Dyson Supersonic setiap kali dia datang ke salon saya. Ini kerana dia mahu mengelakkan daripada rambutnya rosak akibat haba pengering yang berlebihan.”

Sepanjang sesi previu eksklusif ini, Park Je Hee turut berkongsi beberapa tip dalam menggayakan rambut menggunakan Dyson Supersonic juga Dyson Airwrap.

“Pengering rambut Dyson Supersonic ini sememangnya menghasilkan aliran udara yang kuat dan mampu merosakkan kulit kepala bagi sesetengah orang. Jadi gentle air dryer ini adalah solusinya. Kuasa yang dihasilkan oleh alat asas supersonic ini mampu dikawal oleh aksesori gentle air dryer. Saya turut mencubanya pada pelanggan selebriti wanita di salon saya dan kata mereka, rasa panas haba yang dirasakan pada kepala mereka ternyata lebih berkurang dan lebih selesa dengan aksesori lampiran ini.”

Jennie Blackpink Hanya Guna Dyson

Saya juga berpeluang bertanya sendiri kepada Je Hee tentang trend rambut yang kini semakin popular di kalangan selebriti dan wanita Korea iaitu trend C curl dan S curl.

Bagaimanakah caranya untuk mencapai trend rambut ini menggunakan produk Dyson?

“Untuk mencapai gaya rambut ini, kamu harus menggunakan Dyson Airwrap styler. Dan untuk mencipta gaya rambut S curl, saya cadangkan kamu menggunakan tong 30mm untuk gaya kerinting yang lebih kuat dan padat, atau tong 40mm untuk gaya kerinting yang lebih natural. Jika kamu berambut pendek seperti saya, untuk capai gaya C curl, kamu perlu menggunakan aksesori tambahan airbrush sahaja.”

*Untuk pengetahuan kamu lagi, hanya aksesori tambahan Dyson Supersonic sahaja yang boleh didapati di Malaysia. Manakala aksesori tambahan terbaru Dyson Airwrap Styler masih belum boleh didapati.

Aksesori terbaru Dyson Supersonic dijual sekali bersama pengering rambutnya pada harga RM1,799 melalui shop.dyson.my atau mana-mana cawangan Dyson Demo terdekat.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE