SEARCH

Jennifer Aniston Berkongsi Tidak Akan Berhenti Mewarna Rambut Sampai Bila-Bila

Jennifer Aniston Berkongsi Tidak Akan Berhenti Mewarna Rambut Sampai Bila-Bila

Sedar tak sedar, Jennifer Aniston yang pernah popular dengan watak Rachel dalam siri Friends ini sudahpun menginjak ke usia 50. Namun dia tidak pernah merasakan umur itu sesuatu yang penting padanya. Malah dia juga memberitahu InStyle edisi Oktober, yang dia tidak mahu rambutnya beruban.

Jennifer Aniston

Saya takkan tipu yang sememangnya saya tidak mahu rambut saya beruban.”

InStyle menemu bual Aniston tentang tip dan rutin kecantikan hariannya lalu membawa Aniston ke pengakuan yang mengejutkan. Mungkin kerana siri Apple+ TV terbarunya, The Morning Show, di mana wataknya memerlukan dia menjadi seorang hos televisyen yang memiliki dandanan rambut paling sempurna menyebabkan Aniston bertindak memberitahu yang dia ingin mengekalkan temu janji bersama colorist nya setiap bulan sehingga bila-bila. Ini kerana dia mengaku yang dia tidak ada rasa langsung hendak menyimpan rambut uban apabila usia meningkat tua.

Berbicara mengenai usia tua, Aniston juga menyanggah di mana masyarakat tidak harus menyemai dalam diri usia tua itu satu gangguan dalam diri.

“50 itu sekadar nombor. Saya tidak tahu apa itu kerana saya langsung tidak merasakan sebarang perbezaan. Tiada yang berubah, malah saya dapat rasakan fizikal tubuh badan saya lebih hebat sekarang. Jadinya, saya berasa amat pelik apabila ada yang berkata kepada saya, “Kamu nampak hebat setanding usia kamu.” Saya rasa kita perlu tubuhkan beberapa etika yang betul untuk dialog dan dalam perbualan sebegitu.”

Haih, masyarakat kita ini sudah dididik di mana semakin kita tua, semakin kita perlu menghargai kesemua perubahan diri, baik rambut beruban, kedutan wajah dan sebagainya. Bukannya menafikan.

Isu ini hebat diperkatakan di kalangan peminat kecantikan di seluruh dunia. Ada yang menyokong kata-kata Aniston, ada juga yang membantah. Bagaimana pula dengan kamu?

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE