SEARCH

Tahun 2019 Ialah Tahunnya, Jennifer Lopez Lancar ‘Promise’, Haruman ke-25 nya

Tahun 2019 Ialah Tahunnya, Jennifer Lopez Lancar ‘Promise’, Haruman ke-25 nya

Namanya seakan kembali hangat setelah membuat kemunculan di pentas Versace minggu lepas. Dan kemudian semakin menjadi bualan ramai apabila ada yang mengatakan dia bakal memenangi Oscar untuk filem blockbuster nya Hustlers. Setelah itu keluar juga berita rasmi bahawa dia akan membuat persembahan di Super Bowl Half Time Show nanti. Yes, we’re talking about Jennifer Lopez. Boleh dikatakan 2019 ini ialah tahun comeback untuk wanita ini ya. Masih hangat lagi, tiga hari lepas dia melangsungkan parti pertunangannya bersama Alex Rodriguez. Tidak cukup dengan itu, Jennifer Lopez lancar ‘Promise’ iaitu koleksi haruman ke-25 nya! Siapa yang pernah memiliki haruman daripada Jennifer Lopez ini pasti tahu setiap harumannya tidak pernah menghampakan, bukan?

Jennifer Lopez Lancar 'Promise'

Pernah ingat haruman Glow? Haruman pertama daripada Lopez yang menjadikan dia antara yang terawal memecah trend haruman selebriti ini. Haruman ikonik itu mengaut keuntungan hampir USD100 juta pada tahun pertamanya sahaja. Adakah haruman terbaru Lopez yang diberi nama Promise ini akan menjadi hit seperti itu? Kami yakin boleh. Sudah berada di pasaran sejak 28 September yang lalu, haruman ini dijual dalam tiga saiz berbeza dengan harga bermula daripada USD45 hingga ke USD65.

Haruman Promise ini diadun indah dengan gabungan nota flora dan kayu-kayuan sebagai nota utama haruman ini. Dibuka dengan inti buah Italian tangerine, beri merah jambu serta nashi pear dan disambut dengan aroma inti bunga orris, jasmine sambac dan  honeysuckle. Tidak lengkap tanpa aroma sandalwood dan cashmere wood yang diadun bersama pati kristal amber sebagai nota penutupnya.

Mengapa Promise? Kata Lopez, nama itu adalah sempena Warren Buffett,

Saya pernah keluar makan malam bersama Warren Buffett. Dan ketika itu, dia memberitahu saya sesuatu yang membuatkan saya terkesima seketika akan kata-katanya itu. Katanya, ‘a brand is a promise’”.

Tambah Lopez lagi,

“Dan saya rasakan ini ialah masa yang sesuai dalam hidup saya untuk menamakan haruman Promise. Ini kerana setiap kali kami ingin mencipta sesuatu, kami mahu menjanjikan kualiti serta sesuatu yang boleh membuatkan hidup kamu lebih bagus, atau sesuatu yang boleh membuat kamu rasa lebih seksi dan cantik.”

 

Kita tunggu haruman Promise ini berkunjung ke Malaysia okay! Tidak sabar rasanya hendak memiliki haruman terbaru Jennifer Lopez, the queen of aging backwards ini.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE