SEARCH

Cara Merawat Jerawat Batu, Biar Kami Ajar Cara Satu-Persatu

Cara Merawat Jerawat Batu, Biar Kami Ajar Cara Satu-Persatu

Jerawat ini sebenarnya ada pelbagai jenis. Jerawat jenis komedo tertutup (white head), komedo terbuka (black head), papules, patules, nodul dan cyst. Namun hari ini kami hendak fokus pada satu jenis jerawat ini yang dipanggil cyst atau bahasa mudahnya, jerawat batu. Jerawat jenis ini bukan seperti jerawat biasa. Ia hadir dalam waktu yang jarang-jarang. Namun apabila sekali sudah terkena, jerawat inilah yang paling sakit sekali di antara semua jenis jerawat.

Jika kamu masih keliru, jerawat cyst ini adalah jenis jerawat dalam bentuk yang besar dan dipenuhi dengan nanah yang kelihatan sama seperti bisul. Dan sebenarnya jerawat jenis cyst dan nodul adalah dua jenis jerawat yang kamu harus mendapat konsultasi daripada pakar dan doktor untuk dapatkan ubat-ubatan preskripsi yang berkesan. Rawatan over-the-counter mungkin tidak cukup kuat untuk merawat jerawat kamu itu. Jika kamu punya wang ekstra, kini ada sahaja rawatan estetika yang lebih mudah untuk kamu redakan jerawat batu kamu ini dengan lebih cepat menerusi suntikan cortisone yang boleh mengeringkan jerawat merah kamu dalam masa beberapa jam.

jerawat batu

Jika kamu mahu jimat duit, kami sebenarnya ada cara rawatan di rumah yang boleh kamu cuba. Ia tidak mungkin mampu meredakan jerawat batu kamu dengan pantas, namun ini adalah langkah permulaan yang boleh kamu cuba. Namun, apa yang kami sarankan ialah, berjumpa doktor pakar untuk rawatan yang lebih efektif ya.

Jangan picit

Ini adalah nasihat yang biasa kita dengar setiap kali berbicara tentang jerawat di wajah. Namun, kami percaya, ada di antara kamu di luar sana yang gemar memicit jerawat di wajah. Katanya puas. Memang puas, tetapi sebenarnya tidak elok ya teman-teman. Terutama sekali jerawat jenis cyst ini. Bayangkan jika kamu semenjak muda lagi sudah amalkan perangai picit-picit jerawat ini, nanti apabila usia jejak 30-an, kamu akan mula perasan perubahan pada kulit wajah kamu. Ada lapisan kulit berlopak. Kamu mahu?

Tepek ais

Apabila kamu rasa wajah kamu seperti hendak timbul jerawat batu ini, cepat-cepat tepekkan ais. Satu kiub ais pun sudah mencukupi. Tepekkan selama beberapa saat. Menurut pakar, jika kamu sapukan ais pada permukaan kulit jerawat ini, ia mampu mengecutkan saluran darah yang sudah mengandungi bakteria jerawat batu ini sekaligus mengurangkan merah pada kulit wajah.

Guna 2-3 produk wajah yang memiliki kandungan aktif yang berbeza-beza

Kata pakar, asid salisilik dan benzoyl peroxide antara kandungan yang baik dalam melawan bakteria jerawat. Jadi apa yang kamu boleh buat ialah, kamu gunakan pencuci wajah yang memiliki kandungan asid salisilik dan kemudian diikuti dengan pelembap wajah yang bebas minyak, barulah kamu lapiskan dengan produk rawatan jerawat jenis krim yang mengandungi bahan aktif seperti benzoyl peroxide tadi. Gunakan dua tiga produk yang berbeza dengan kandungan yang berbeza namun memiliki manfaat yang sama iaitu merawat bakteria di wajah.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE