SEARCH

Jessica Alba Kongsi Tip Cantik Sarung Maskara, Pelik Tapi Boleh Cuba

Jessica Alba Kongsi Tip Cantik Sarung Maskara, Pelik Tapi Boleh Cuba

Seperti yang kita semua tahu, selebriti popular Hollywood, Jessica Alba punya jenama kecantikan sendiri, Honest Beauty. Dan sudah tentu, sebagai pelakon dan peminat kecantikan, dia pasti tahu pelbagai jenis tip serta trik kecantikan yang telah dipelajarinya semenjak 25 tahun berada dalam industri hiburan disolek puluhan jurusolek profesional. Namun, antara semua tip yang dikongsi Jessica, ada satu yang benar-benar menarik perhatian ramai.

Baru-baru ini, dia berkongsi tip kecantikan bersama Vogue British. Selain terpegun dengan kecantikan wanita yang sudah menginjak usia 38 tahun ini, dia turut memberitahu tip menyarung maskara yang telah dipelajari daripada ibunya. Pada kami, ia satu tip atau juga teknik yang agak pintar dalam memastikan maskara disarung memenuhi setiap alis bulu mata.

Kata Jessica,

Saya selalu akan gunakan primer dan saya hanya kerdipkan mata ketika menyarungnya. Primer tadi akan menyalut seluruh alis bulu mata daripada akar hingga ke hujung.”

Apa yang wanita ini lakukan ialah dengan memandang ke arah bawah (seperti biasa kamu menyarung maskara) kemudian sambil melayang primer tadi, sambil dia mengerdip matanya beberapa kali.

Bukan itu sahaja, dia tidak terus menyarung maskara selepas menyarung primer. Jessica akan memastikan ia benar-benar kering. Sambil menunggu kering, dia akan terus menyarung solekan wajah yang lain. Kemudian, barulah dia menyarungkan maskaranya menggunakan teknik yang sama.

Jessica juga menekankan bahawa solekan maskara adalah antara rutin penting dalam bersolek,

Pemakaian maskara ini amat penting kerana di penghujung hari, apabila kamu berborak dengan orang, kamu melihat matanya. Oleh sebab itulah, saya rasakan kamu harus memberi sedikit masa dan memberi perhatian penuh ketika menyarung maskara.”

P/s: Solekan wajah apakah yang menjadi kegemaran kamu? Kongsikan dengan kami.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE