SEARCH

Oh No! Jungkook Potong Rambut, Semua ARMY di seluruh dunia Jadi Tak Keruan!

Oh No! Jungkook Potong Rambut, Semua ARMY di seluruh dunia Jadi Tak Keruan!

Selepas pulang dari konsert jelajah di Arab Saudi baru-baru ini, seorang daripada ahli kumpulan Kpop popular dunia BTS, telah membuat keputusan untuk kembali menggaya rambut pendek. Yes, we’re talking about Jungkook. Ya, Jungkook potong rambut! Dia yang memuat naik gambar swafotonya dua hari lepas ke dalam laman sosial rasmi Twitter milik mereka itu telah membuatkan ARMY di seluruh dunia menjadi tidak keruan.

Dia yang sebelum ini tampil dengan gaya rambut perm panjang (tidak lama, hanya beberapa bulan sahaja), telah kembali kepada gaya rambutnya yang dahulu (yang pernah menjadi gaya signaturnya selama ini). Ramai peminat yang kecewa dengan tindakan Jungkook yang memilih untuk memotong rambut panjangnya itu kerana ramai yang berharap gaya itu akan kekal untuk comeback mereka yang seterusnya.

Semua menjadi terkejut (dengan saya sekali) saat Jungkook memuat naik tiga gambarnya dengan kapsyen berbunyi “커트” yang membawa maksud “cut” (bahasa Inggeris yang ditulis di dalam karakter Hangul) diikuti dengan emoji wajah gembira dan mata misteri. Mungkin menggambarkan perasaan bercampur-baur memikirkan reaksi para peminatnya selepas memuat naik gambar itu.

Tidak sampai sesaat, bertalu-talu komen peminat memenuhi gambar itu. Ada yang sangat sedih. Antaranya,

The way I was going to tweet that we might get long hair Jungkook for a comeback such he hasn’t cut it yet, than 2 mins later Jungkook tweets and says that he cut his hair.”

“Semua orang, ucapkan selamat tinggal kepada era rambut panjang Jungkook, he will be missed.”

Walaupun ramai yang bersedih, ada juga yang bergembira dengan tindakan Jungkook memotong rambutnya. Kata mereka gaya estetika Jungkook telah kembali semula.

COCONUT JUNGKOOK IS BACK AND AM SO HAPPY”

“I know that I’m not the only one who kinda missed Jungkook with short hair. I KNOW-“

Ya, bermacam-macam lagi reaksi peminat bahkan sehingga ke hari ini masih ada yang memenuhi ruang reply gambar-gambar ini. Walau apapun, janganlah kita terlalu ekstrem mengomen atau mengkritik penampilan seseorang itu. Walaupun ramai yang kurang gemar dengan perubahan yang dilakukan Jungkook pada dirinya seperti membela rambut panjang mahupun memiliki tatu penuh di seluruh tangan, itu adalah kehendaknya dan kita sebagai peminat harus menghormatinya sahaja.

Pada kami, Jungkook tetap tampan dalam apa jua gayanya. Baik berambut pendek mahupun berambut panjang, dua-dua masih tampak seksi! He can rock any hairstyles! 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE