SEARCH

Mendiang Karl Lagerfeld Sempat Berkolaborasi Bersama L’Oreal Paris Untuk Koleksi Mekap Musim Luruh Ini

Mendiang Karl Lagerfeld Sempat Berkolaborasi Bersama L’Oreal Paris Untuk Koleksi Mekap Musim Luruh Ini

Siapa yang tidak mengenali pereka fesyen tersohor dunia ini. Menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Februari yang lalu, saya percaya sehingga ke hari ini masih ada yang meratapi pemergiannya. Enam hari lalu turut berlangsungnya majlis keramaian di Grand Palais  bagi memperingati mendiang Karl Lagerfeld yang turut dihadiri teman serta rakan sekerja dan seperjuangan. Begitu disayanginya Lagerfeld ini di kalangan pencinta fesyen seluruh dunia. Dan baru-baru ini juga, jenama kecantikan L’Oreal Paris mengumumkan kolaborasi mereka bersama mendiang yang sempat dilaksanakan sebelum kematiannya. Koleksi mekap ini bakal bertemu peminat pada musim luruh ini.

Menurut WWD, koleksi kolaborasi ini menampilkan elemen signatur Lagerfeld iaitu seperti suntikan stail rock-chic dan dibancuh bersama sentuhan elegan jiwa Parisian. Walaupun masih belum punya sebarang perincian tentang koleksi ini namun kajian WWD mengatakan koleksi ini juga bakal mengetengahkan dedikasi saintifik daripada L’Oreal Paris bersama pakar warna. Tidak sabar rasanya untuk melihat hasil koleksi ini yang memiliki sentuhan klasik dan edgy daripada Lagerfeld berserta sentuhan formulasi L’Oreal Paris ini!

Karl Lagerlfed

Gambar kempen oleh Emmanuelle Descraques

Menurut Délphine Viguier-Hovasse, Presiden Global L’Oreal Paris,

Kesemua kolaborasi kami bersama pereka fesyen adalah satu penghormatan pada kami semua, namun kolaborasi yang satu ini adalah yang paling bermakna buat kami.”

Manakala menurut Caroline Lebar, Ketua Bahagian Imej dan Komunikasi di rumah fesyen Karl Lagerfeld,

Koleksi mekap ini benar-benar mencerminkan jenama Karl Lagerfeld dan juga apa yang mendiang sukakan dalam koleksi mekap.”

Dan seperti prinsip L’Oreal Paris “kecantikan adalah untuk semua”, Lebar menambah,

Karl amat sukakan sesuatu kolaborasi yang mampu memberi impak sebenar kepada orang ramai.”

Koleksi ini akan mula terjual di atas talian pada 20 September ini dan pelancaran global pula akan berlangsung pada 27 September semasa minggu fesyen Paris berlangsung. Tidak sabar rasanya untuk melihat koleksi eksklusif ini! Mari kita sama-sama nantikan!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE