SEARCH

#BeautyReport : Siapa Paling Cantik di Karpet Merah Grammys 2019 ?

#BeautyReport : Siapa Paling Cantik di Karpet Merah Grammys 2019 ?

Semalam pagi (waktu Malaysia) telah berlangsungnya Anugerah Grammys 2019. Membariskan nama-nama besar yang bertanding untuk memenangi anugerah berprestij. Bukan itu sahaja, antara highlight lain untuk Grammys tahun ini adalah kehadiran eksklusif kumpulan idola Korea Selatan, BTS, menggamatkan lagi malam anugerah ini. Seperti biasa, mata saya lebih tertumpu melihat siapakah yang tampil cantik pada malam itu. Jangkaan saya, pastinya Lady Gaga dan Cardi B yang akan tampil ekstravaganza. Dan antara penampilan yang paling saya nanti-nantikan ialah Janelle Monae. Mahu melihat gaya apa lagi yang mahu dieksperimen penyanyi itu menerusi beauty look nya. Jangkaan saya tepat! Mari kita lihat siapa lagi yang tampil cantik di karpet merah Grammys 2019 ini.

1 Cardi B

Karpet Merah Grammys 2019

Antara yang membuat semua yang di karpet merah tidak tentu arah melihatnya. Cardi B, tampil penuh meriah menerusi busananya. Begitu juga menerusi solekan dan gaya rambut updo nya. Rambut updo nya itu dilitupi dengan butiran manik membawa inspirasi era 90-an kemudian menerima sedikit sentuhan moden pada bahagian anak rambut oleh penata gaya rambutnya, Stylez. Untuk tampak sepadan, jurusolek Erika La’ Pearl memberikan sentuhan magisnya pada solekan Cardi B. Dia mahukan sesuatu solekan yang tidak terlalu berat dan tidak terlalu subtle. Erika mahu mencipta solekan yang lembut dan seksi pada masa sama untuk Cardi.

2 Lady Gaga

Karpet Merah Grammys 2019

Walaupun tidak lagi tampil dengan gaya yang pelik-pelik, Gaga pada saya masih memiliki impaknya yang tersendiri setiap kali melewati karpet merah. Memilih untuk tampil bersederhana, Gaga mengenakan gaya rambut yang digayakan Frederic Aspiras, dengann gaya yang simple ala beach wave, rona blonde platinum. Kemudian jurusoleknya Sarah Tanno pula memberi fokus pada solekan mata di mana Tanno memilih solekan smoky dwi-tona menyemarakkan lagi penampilan keseluruhan Gaga.

3 Janelle Monae

Karpet Merah Grammys 2019

Mata kami tertumpu pada headpiece nya! Dengan aksesori seperti pin diletakkan pada hampir keseluruhan bahagian kepalanya. Tidak cukup dengan itu, penata gaya rambut, Nikki Nelms, gayakan pula dengan gaya rambut tocang tebal dan panjang pada Monae.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE