SEARCH

#BeautyReport : Solekan & Gaya Rambut Pilihan di Karpet Merah Met Gala 2018

#BeautyReport : Solekan & Gaya Rambut Pilihan di Karpet Merah Met Gala 2018

Met Gala 2018 kembali dan sesungguhnya ia adalah acara gemilang yang dinanti-natikan oleh peminat fesyen di seluruh dunia. Kali ini kembali dengan bertemakan “Heavenly Bodies: Fashion and the Catholic Imagination” rata-rata yang hadir mengenakan busana gah berserta solekan dan gaya rambut menepati tema. Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang menonton lintas langsung karpet merah Met Gala 2018 semalam, saya dapat saksikan majoriti memilih solekan mata emas sebagai fokus solekan mata mereka. Bijak memilih rona ini kerana bagi saya emas padan dengan busana-busana mewah yang digayakan selebriti berkelas A ini. Bukan itu sahaja, ada antaranya yang tampil dengan gaya rambut baru, sama ada tampil dengan bersahaja, atau siap berdandan rapi. Ada juga tampil dengan aksesori dan solekan ekstra untuk wajah mereka. Jom saksikan, saya senarai solekan dan gaya rambut pilihan di karpet merah Met Gala 2018.

Karpet Merah Met Gala 2018

Zendaya tampil berbusana perak daripada Versace menangkap perhatian yang memandang. Malah bukan itu sahaja, untuk Met Gala kali ini, Zandaya tampil dengan gaya rambut bob cut berserta blunt bangs rona merah halia. Zendaya sering berkesperimen dengan pelbagai look untuk karpet merah, dan ternyata pada saya gaya dan rona rambut kali ini amat padan sekali dengan Zendaya. Setuju?

Karpet Merah Met Gala 2018

SZA tampil dengan solekan ekstra. Mengenakan aksesori kepala manakala rambut pula dibiar lepas. Apa yang menarik pandangan saya adalah terhadap solekan teardrop ekstranya. Yang penting, ramai juga yang hadir mengenakan solekan sebegini.

Karpet Merah Met Gala 2018

Lily Collins, saat dia melewati karpet merah, dia kelihatan begitu mempesona sekali. Dia membawa karakter chic nun tampil dengan solekan dramatik. Turut melakar teardrop tambahan pada bahagian bawah mata. Dia tampil dengan solekan gelap dan elegan. Bukan itu sahaja, gaya rambutnya yang ditarik kemas ke bahagian belakang kemudian sanggulannya tocang kemas membulat dan di akhirkan dengan aksesori kepala yang cukup simple.

Karpet Merah Met Gala 2018

Cynthia Erivo, menginterpretasikan tema malam ini menerusi solekan lain daripada imaginasi kita semua. Tampil dengan solekan seni kening yang ditatah batu-batu permata kemilau. Menurut jurusolek Giselle Ali, dia mahukan kelainan kerana fokus di karpet merah sudah tentunya pada bahagian solekan bibir dan mata, dan dia merasakan kening juga mampu menangkap perhatian. Bukan itu sahaja, dia mahu seni keningnya itu sama tanding dengan hiasan mahkota di kepala.

Karpet Merah Met Gala 2018

Rihanna, antara figura yang ditunggu-tunggu di karpet merah Met Gala 2018 ini dan ternyata setiap tahun dia tidak pernah menghampakan. Solekan yang dipilih Rihanna juga senantiasa tidak mengecewakan. Kali ini dia tampil dengan solekan seratus-peratus menggunakan produk terbaik Fenty Beauty. Dia memilih solekan mata smoky gelap rona plum kemudian dipadankan dengan bibir glos merah jambu terang bagi membangkitkan sedikit efek dramatik kepada keseluruhan look nya.

Karpet Merah Met Gala 2018

Kate Bosworth, nampak paling cantik malam itu. Tampil membawa aura pengantian perempuan empayar Byzantine begitu menyerlah sekali. Saya sukakan solekan serta gaya rambutnya! Memilih jurusolek veteran dan disegani, Beau Nelson, solekan Kate diispirasikan oleh lukisan di era Byzantine oleh empayar Rom Timur, “Saya gelarkan ini solekan monokromatik. Palet warnanya terdiri daripada rona nude rose, rosy taupe serta soft beige pink.”

 

Karpet Merah Met Gala 2018

Bella Hadid, wajah yang sentiasa tampil dengan look yang tidak mengecewakan. Bella senantiasa ditata dengan gaya solekan yang mampu membangkitkan aura seksi dalam dirinya. Begitu juga untuk pentas karpet merah ini. Kontur yang sempurna, solekan mata eyeliner rona emas kemas berserta gincu bibir rona nude menjadi pilihan. Namun yang menarik perhatian saya adalah veil yang terletak cantik di kepalanya itu. Bak kapsyennya di Instagram, “Jika sesiapa tertanya-tanya mengapa saya tidak mampu bergerak banyak adalah kerana wanita legenda bernama @jenatkinhair telah menjadi keseluruhan 10 paun veil di atas kepala saya.”

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE