SEARCH

#BeautyFile : 4 Gaya Rambut Terbaik Kayda Aziz Pilihan STAIL.MY

#BeautyFile : 4 Gaya Rambut Terbaik Kayda Aziz Pilihan STAIL.MY

Siapa yang tidak kenal dengan nama Kayda Aziz. Nama yang semakin meningkat naik dalam dunia muzik tempatan ini sering tampil dengan gaya yang memukau setiap kali di pentas. Bukan sahaja dari segi persembahannya, malah dari segi penampilannya. Berdasarkan pemerhatian kami, Kayda ini seorang yang suka bereksperimen dengan gaya rambut. Dia sering tampil dengan gaya rambut yang agak bold dan terang. Mari kami senaraikan 4 gaya rambut terbaik Kayda Aziz.
Kayda Aziz

Rona ginger red ini antara rona cantik yang pernah digayakan Kayda. Rona yang terang dan menyerlah ini sesuai dengan rona kulit tan milik Kayda serta menaikkan lagi rona rambut ini dengan lebih cantik lagi. Pada saya, siapa yang gemar mewarna rambut atau mahu mula bereksperimen dengan rona-rona terang, cuba rona ini!Kayda Aziz

Kayda yang gemar mendapatkan khidmat daripada Curlers and Trimmers ini kembali dengan rona rambut yang lebih cantik. Dia mencuba pula teknik dua tona di mana sebahagian atas rambutnya diwarnakan ungu manakala bahagian bawah rambut diwarnakan rona pastel jingga.

Kayda Aziz

Kayda persis patung Barbie mengenakan rona blonde ini. Ternyata Kayda mampu membawa look ini dengan begitu cantik sekali. Secara peribadi, rona rambut serta gaya dandanannya adalah yang paling cantik pernah kami lihat pada Kayda!

Kayda Aziz

Setelah sekian lama Kayda kekal dengan rona rambut blonde, semalam Kayda kembali dengan rona rambut baharu! Rona pastel ala unicorn ini antara pilihan rona rambut “in” golongan millenial hari ini. Rambut yang diwarnakan teliti dalam beberapa jenis warna pastel mencipta ilusi rambut ombre. We love this!

Gambar: Instagram Kayda Aziz

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE