SEARCH

5 Selebriti Korea Kongsi Rahsia Kecantikan Wajah Mereka

5 Selebriti Korea Kongsi Rahsia Kecantikan Wajah Mereka

Secara jujur, saya cukup kagum dengan gaya hidup wanita Korea. Tidak kira sesibuk mana pun, rutin penjagaan kulit dan kecantikan wajah adalah perkara utama yang dititikberatkan oleh mereka. Bukan sekadar kaum wanita, malah kaum lelaki juga. Pernah saya melihat di depan mata saya sendiri ketika bercuti di Korea, wanita-wanita serta jejaka Korea yang sedang lagi bekerja ini sanggup bersesak bersama pelancong membeli-belah di stor kosmetik waktu lunch hour mereka. Lihatlah betapa gigihnya mereka ini… Kalau kita, saya boleh jamin, kakak-kakak serta makcik-makcik ini lebih seronok menghabiskan masa di kedai makan, lebih suka bergosip sesempat yang boleh sebelum habis waktu berehat.

Saya juga kagum dengan kesungguhan setiap selebriti Korea dalam menjaga wajah mereka. Ya, benar kadang-kala kecantikan mereka ini palsu (dek kerana surgeri plastik), namun usah kita berbicara tentang itu, lebih baik kita lihat rutin home care mereka. Walau sepenat mana badan bekerja, mereka pasti membersih wajah dan mengekalkan kulit yang mulus sepanjang masa.

Saya pernah juga menonton rancangan TV mereka, ada selebriti yang berkongsi,

Kami harus menjaga kulit wajah agar tidak ada sebarang breakouts kerana kami senantiasa berada di hadapan televisyen, membuat persembahan di hadapan peminat dan kadang-kala ada sesi penggambaran. Mahu tak mahu, kami harus elakkan kulit bermasalah kerana kerja kami.”

Tidak dinafikan kulit mereka ini sememangnya mulus. Tetapi kalau tak rajin menjaga, kemulusan itu pasti tidak dapat dikekalkan. Saya senaraikan 5 selebriti popular Korea yang berkongsi rutin kecantikan harian mereka setiap hari.

 

Bae Suzy, Penyanyi & Pelakon

Kecantikan Wajah

“Saya fokus kepada dua perkara iaitu penghidratan kulit dan antipenuaan. Saya juga mengkhususkan rutin saya kepada rutin pemutihan kulit. Walaupun kulit saya cerah, saya mahukan kulit yang berseri dari dalam. Jadi saya amalkan menyapu krim pelembap wajah The Face Shop White Ginseng Collagen Pearl Capsule sebelum tidur. Saya tidak suka menyarung terlalu banyak produk muka, saya rasa kulit tidak boleh bernafas. Manakala untuk rutin antipenuaan saya pula dilengkapkan lagi dengan serum wajah The Face Shop The Therapy First Serum. Sejurus wajah dicuci, saya akan sapukan serum ini. Tip lain, tuangkan serum ini pada kapas jika kamu juga mahu menyah kulit mati pada wajah. Ini kerana tekstur kapas itu mampu menyah lembut sel kulit mati dan ditambah pula dengan intipati aktif daripada serum ini.”

 

Kim jin kyung, model & Pelakon

Kecantikan Wajah

“Saya sering menggunakan pupur ini di rumah. Ia adalah pupur daripada jenama Aqua Bab Modeling Mask by 23YEARS OLD. Ia sejenis pupur getah yang popular digunakan di spa-spa di Korea. Ia amat mudah, dan tidak perlu menggunakan air. Sekadar campur bahan-bahan ini dan lumurkan pada wajah. Biarkan selama 20 minit, kamu akan rasa kulit wajah lebih lembut seperti menyentuh marshmellow rasanya! Haha. Dan jika kamu lakukan rutin ini seperti saya, mungkin juga kamu boleh capai kulit bak bayi seperti saya. Saya juga jarang menyapu BB Cream atau bedak asas, sebaliknya saya lebih suka menyarung pelindung sinar yang memiliki tint dan liputan pada kulit muka saya.”

 

kim tae hee, pelakon

Kecantikan Wajah

“Pertama kamu perlu tahu tentang saya ialah saya seorang yang gemar memakai losen tangan. Selain itu, kulit wajah saya juga jenis yang lemah dan cepat didatangi breakouts, jadi saya akan membawa patch jerawat ke mana sahaja saya pergi. Ia sangat berkesan pada wajah saya. Kulit wajah saya jenis kombinasi. Bahagian dahi pipi dan dagu seringkali didatangi jerawat. Manakala sekitar mata dan bibir saya pula agak kering. Agak sukar sebenarnya untuk menjaga wajah saya ini. Jika pada hari saya tidak berkerja, saya lebih suka merehatkan kulit wajah. Jadi saya akan cuba sedaya-upaya untuk tidak menyarung sebarang mekap. Rutin penjagaan wajah saya agak simple. Sebelah pagi, saya akan menyarung toner, esen, losen, krim mata dan krim BB. Manakala sebelah malam, saya hanya sarungkan toner, losen, krim malam dan krim mata. Secara peribadi, saya sukakan krim Hanskin Real Complexion Cream. Ia buat wajah lebih cerah berseri dan boleh dipakai sebelum tidur juga.”

 

Ha ji-wonn, pelakon

Kecantikan Wajah

“Saya sukakan produk yang natural, ia tidak mendatangkan iritasi pada kulit wajah. Saya tidak pernah tinggalkan rutin menyapu masker Jelly Pack daripada J.ONE Cosmetic. Ia memberi 1001 manfaat pada kulit wajah saya. Masker ini turut membuatkan kulit wajah menjadi lebih tegang. Ia bertekstur gel, jadi apabila menyarungnya saya rasa seolah seperti tiada graviti, kulit berasa sangat ringan. Selalunya saya akan sapukan masker ini sejurus wajah dicuci. Biarkan beberapa minit sehingga diserap sepenuhnya dan kamu tidak perlu membilas masker ini! Seterusnya, saya akan sapukan pelindung sinar dan elakkan daripada menyental kulit wajah kala menyapu produk ini. Ia hanya akan membuat kulit menjadi radang dan cepat meregang seterusnya kulit wajah lama-kelamaan menjadi cepat kendur.”

 

KIm ji won, pelakon

Kecantikan Wajah

“Rutin kecantikan saya tersangatlah simple. Percaya atau tidak, saya juga tidak memiliki sebarang beauty pouch. Saya hanya ada beberapa rutin. Pertama sekali toner, sejurus cuci muka, saya akan sarungkan toner untuk mengekalkan lembapan kulit wajah. Kemudian diikuti dengan rutin ampul daripada Dr. G Red Blemish Soothing Ampoule. Wajah saya cepat menjadi kemerahan jika shooting seharian dan di bawah matahari. Apa saya buat adalah cuci wajah kemudian sapukan ampul ini. Ia meredakan serta melembapkan wajah dengan serta-merta. Dan jika kulit berasa sangat kering, barulah saya akan menyarung krim muka. Bagi saya, memakai produk yang asas adalah lebih penting daripada memakai berpuluh produk pada wajah dalam satu masa yang sama.”

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE