SEARCH

Angkasawan Wanita, Kellie Gerardi, Kongsi Cara Dia Menjaga Wajah Di Graviti Sifar

Angkasawan Wanita, Kellie Gerardi, Kongsi Cara Dia Menjaga Wajah Di Graviti Sifar

Kellie Gerardi, calon Subjek Ujian Kemanusiaan dan Pakar Saintifik Angkasawan ini telah beberapa kali menyertai kempen kajian mikro graviti di mana memerlukan dia untuk senantiasa berada di posisi graviti sifar. Lebih menarik, Kellie seorang yang sangat meminati dunia kecantikan dan sering tampil dengan wajah bermekap. Mesti kamu semua tertanya-tanya bagaimanakah angkasawan ini melakukan rutin penjagaan wajahnya dan kekal cantik walau di bilik tanpa graviti, bukan? Kellie kongsikan bersama Glamour UK dengan lebih lanjut.

1- Apakah produk kecantikan yang kamu paling gemar apabila berada di graviti sifar?

Sepanjang bertugas di dalam kapal kajian dan ketika saya menyarung sut tekanan angkasa, saya amat berhati-hati dalam memilih jenama dan produk untuk wajah saya. Jika ketika itu topi keledar saya dalam keadaan bertutup, saya tidak boleh sesekali menyentuh bahagian mata saya (ingin menggaru mata yang gatal juga tidak boleh). Jadi, untuk hari-hari sebegitu, saya akan memastikan untuk tidak menyarung sebarang mekap ataupun produk penjagaan wajah.

NASA juga akan menyediakan kit keberishan peribadi buat setiap angkasawan, dan setiap daripada kami dibenarkan untuk memperibadikan kit ini berdasarkan keperluan masing-masing. Contohnya, seperti jenama ubat gigi.

Kellie Gerardi

2- Apakah antara isu utama yang kamu hadapi apabila mencuba memakai mekap di angkasa?

Sememangnya sangat susah untuk kami membiasakan diri dengan graviti sifar di mana jika kami mencuba untuk meletakkan sesuatu di wajah. Sebagai contoh maskara, di keadaan graviti sifar ini akan membuatkan ia terapung dan terbang jauh daripada kami. Oleh kerana itu, kami harus tahu langkah yang betul untuk setiap pergerakan kami. Banyak proses yang harus kami lakukan apabila ia melibatkan sama ada menyarung sesuatu atau apabila kamu cuba mengambil benda-benda dalam kapal.

3- Apakah yang menariknya tentang mamakai mekap di angkasa ini?

Well, semestinya tiada sebarang bedak tabur dibenarkan kerana zarah bedak itu boleh terapung dan melekat masuk ke dalam jantung angkasawan lain atau juga ke dalam mesin-mesin di dalam kapal. Begitu juga dengan haruman dan sebarang produk yang mengandungi bauan yang kuat. Ini kerana kami berada di ruang yang sangat tertutup dan sempit. Jika di bumi, bila bau terkumpul, sekurang-kurangnya kamu boleh membuka tingkap, namun tidak di angkasa. Lagi satu, krim pelindung sinar. Kami tidak perlukannya kerana di ruang angkasa ini, tahap radiasi di sini memerlukan segala tingkap kapal dilindung dan ditutup, makanya kami tidak memerlukan sebarang produk berbentuk SPF. Jadi apabila bedak adalah dilarang, saya tukar dengan menyarung bedak asas yang berbentuk kompak dan berkrim.

4- Kamu punya sebarang rutin penjagaan wajah ketika bekerja di ruang graviti sifar ini?

Jika kamu punya rutin yang panjang, semestinya di ruang angkasa ini kamu harus mengurangan sebanyak yang boleh rutin penjagaan wajah kamu. Namun walau apapun, sebarang produk penjagaan wajah yang ingin dibawa ke angkasa haruslah mendapat diluluskan oleh NASA untuk dibawa mengembara.

Untuk saya pula, kebiasaannya saya akan menggunakan tisu basah yang memiliki fungsi membersih kemudian menggunakan salap pencuci wajah yang tidak memerlukan saya untuk mencuci wajah selepas itu. Kemudian, saya akan menyarung pelembap atau krim yang yang memberi manfaat pelembap optimum dan kemudian saya akan membiarkannya semalaman.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE