SEARCH

Kenali Jenis Kening Yang Sesuai Mengikut Bentuk Wajah Kamu

Kenali Jenis Kening Yang Sesuai Mengikut Bentuk Wajah Kamu

(Gambar: Pinterest) Sebelum pergi lagi jauh, ingin saya tekankan di sini, kening yang bakal saya cadangkan buat kamu semua bukanlah tentu-tentunya akan membuatkan kamu nampak 100 peratus sempurna. Ini kerana setiap bentuk wajah kita berlainan rupa. Ada yang mungkin tidak sesuai pada kamu. Sememangnya, kedudukan kening kita juga tidak sepadan antara satu sama lain. Jika kamu lihat betul-betul, kamu akan nampak kelainannya. Jadi dimensi wajah yang sebenarnya memainkan peranan dalam menentukan bentuk kening kamu. Dan selain itu, tahukah juga, bentuk kening yang betul atau kena dengan bentuk wajah kamu sebenarnya mampu membuatkan mata kamu tampil lebih besar dan memukau serta memberi efek wajah yang lebih muda? Tidak percaya? Kamu boleh cuba selepas ini.

Namun sebelum itu, kamu haruslah tahu dan kenal pasti bentuk wajah kamu terlebih dahulu. Jika kamu masih tidak pasti dengan bentuk wajah sendiri, jom baca sedikit panduan di bawah. Selamat mencuba!

1.     Wajah Bulat

kening

Emma Stone, Kirsten Dunst, Ginnifer Goodwin

Begitu senang sekali hendak mengenal pasti jenis bentuk wajah ini. Wajah yang bulat memiliki ruang pipi yang lebar dan juga seluruh wajah yang lebih besar. Yang paling penting, kamu tidak mahu rupa kamu berakhir seperti kartun Shin Chan bukan? Ingat, kamu ingin memberi efek wajah yang lebih tirus, makanya, cipta garis arch setinggi yang boleh. Ini membuatkan wajah kelihatan seperti memiliki efek lifting.

2.     Wajah Empat Segi

kening

Angelina Jolie, Diane Kruger, Emily Deschanel

Bentuk wajah ini memiliki rahang yang cukup kuat. Kita tidak mahu membuatkan wajah bertambah maskulin dengan solekan kening yang tidak kena. Apa yang kamu harus tahu, di bahagian garis lengkung (arch) yang dicipta haruslah kelihatan lebih lembut dan natural.

3.     Wajah Bujur

kening

Bella Hadid, Jessica Alba, Kate Middleton

Mereka yang memiliki bentuk muka seperti ini harus bersyukur kerana ia cukup sempurna. Tiada sebarang peraturan untuk kamu melakar bentuk kening kamu ini kerana dimensi wajah kamu yang tampak lebih semula jadi. Namun kamu masih perlu tahu untuk melakar kening yang betul. Saranan saya, bentuk lakar yang lembut tetapi masih memiliki garis lengkung adalah paling menarik untuk jenis wajah bujur ini.

4.     Wajah Panjang/Oblong

kening

Anne Hathaway, Kim Kardashian, Megan Fox

Bagaimana hendak mengenal pasti wajah yang berbentuk oblong? Bentuk wajah ini lebih memanjang. Jadi pentingnya untuk setiap kali melakar lukisan kening biarkan lebih panjang sedikit pada hujungnya untuk memberi efek seimbang pada wajah. Kamu juga boleh mengenakan solekan kening flat untuk menampakkan keseimbangan ciri dan elemen pada wajah.

5.     Wajah Diamond

kening

Tyra Banks, Jennifer Lopez, Rihanna

Lakar lembut pada garis lengkung kening kamu akan sebenarnya dapat membantu beberapa bahagian pada wajah kamu nampak lebih tirus terutamanya pada bahagian pipi. Kami cadangkan kamu mencuba solekan kening yang lebih melengkung dan membulat (namun jangan melampau lengkung, ia hanya akan buat wajah kamu nampak lebih kelakar). Hasilnya, feature wajah kamu akan tampak lebih lembut.

6.     Wajah Heart

kening

Zendaya,Reese Witherspoon, Scarlett Johansson

Sama juga seperti bentuk kening buat wajah jenis diamond, berikan efek garis lengkung pada bucu kening dengan efek yang lebih halus dan lembut, tidak perlu terlalu berpetak pada lengkungan ini kerana ia akan menampakkan wajah kelihatan lebih tua.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE