SEARCH

KENS apothecary Buka Butik Flagshipnya Yang Terbaru di The Gardens Mall

KENS apothecary Buka Butik Flagshipnya Yang Terbaru di The Gardens Mall

KENS apothecary

KENS apothecary melancarkan pembukaan butik flagship yang kelimanya bertempat di The Gardens Mall, Mid Valley pada 13 April yang lalu. Berkeluasan 1,100 kaki persegi dengan 15 label kecantikan dijual daripada rangkaian penjagaan kulit hinggalah ke wajah. Lebih istimewa, butik ini dicipta beraspirasikan wanita dan setiap reka bentuk ruang butik ini memiliki maksudnya yang tersendiri.

Butik ini direka memanjang dalam bentuk separa bulat bagi menyerlahkan lagi konsep sisi feminin wanita yang ingin dipamerkan. Menurut Ken Lim, Pengasas KENS apothecary, “Kami telah melalui satu fasa perjalanan yang jauh dan dengan pembukaan butik flagship ini, ia bagaikan satu kepuasan untuk kami raikan kejayaan serta pembangunan yang kami telah lakukan dengan membawa jenama-jenama baru ke pasaran lokal.”

Bukan itu sahaja, butik ini turut menyediakan ruang yang direka khas untuk balutan hadiah buat pelanggan-pelanggan yang membeli produk eksklusif serta ruang mekap privasi buat pelanggan By Terry. Ruang yang besar di tengah-tengah butik ini juga direka bagi memudahkan aktiviti workshop serta majlis bersama pelanggan.

KENS apothecary

Dan bersempena dengan pelancaran ini, KENS apothecary turut melancarkan kerjasamanya bersama DH Artful Dećor untuk siri hantaran kahwin. Ia hadir dengan rekaan moden dan minimalis bersesuaian dengan gaya hidup pasangan Melayu moden kini menggunakan artisan bunga kertas tempatan.

KENS apothecary bersama-sama DH Artful Dećor mencipta pakej istimewa di mana pelanggan boleh memilih rekaan bunga kertas daripada koleksi Kamelia dan Cempaka. Di dalam set hantaran tersebut turut dilengkapi dengan pilihan minyak wangi, produk penjagaan kulit serta koleksi lilin wangian daripada jenama mewah seperti Diptyque, By Terry serta Annick Goutal. Promosi ini akan terus berlangsung bermula sekarang sehingga 31 Disember 2017 di cawangan KENS Apothecary The Gardens Mall.

Buat yang masih belum kenali DH Artful Dećor lagi, mereka adalah pakar yang menyediakan servis dekorasi moden buat majlis-majlis serta turut menyediakan servis balutan hadiah dengan menggunakan hiasan bunga kertas buatan tangan. Bagi yang mahu mengenali serta melihat hasil kerja DH Artful Dećor ini, boleh layari www.dhartfuldecor.com.

KENS apothecary

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE