SEARCH

#BeautyMoments Segalanya Tentang Solekan Kill This Love BLACKPINK

#BeautyMoments Segalanya Tentang Solekan Kill This Love BLACKPINK

Semestinya comeback ini paling dinanti-nantikan oleh Blinks. Masakan tidak, dari hari pertama kumpulan Blackpink ini muncul dengan teaser di laman media sosial mereka sudah membuatkan setiap peminatnya menjadi tidak keruan. Semua tertanya-tanya, apakah imej yang bakal dibawa kali ini, bagaimana dengan konsep album serta pilihan koreografi dan sebagainya lagi. Dan hasilnya, lihatlah, setelah empat hari berlalu, muzik video Kill This Love, trek debut terbaru Blackpink ini berjaya meraih lebih 100 juta views di Youtube. Pada saya, kemunculan kembali Blackpink dengan album mini terbaharu ini langsung tidak mengecewakan. Penampilan kembali yang lebih segar, edgy serta mengetengahkan imej wanita yang lebih gagah perkasa ini membuatkan saya ingin senaraikan beberapa #BeautyMoments menarik yang boleh dilihat di dalam muzik video terbaru ini.

Kill This Love

Dreadlocks

Kill This LoveLisa tampil dengan gaya rambut dreadlocks di bahagian permulaan video. Dipadankan dengan solekan bibir merah gelap bersama eyeliner hitam yang dilakar pada seluruh bahagian mata. Di sebalik imejnya yang edgy itu, Lisa masih mengekalkan signatur gaya rambut bangs nya.

Glitters Everywhere!

Tidak lengkap kiranya tanpa solekan berkonsepkan glitters di dalam mana-mana muzik video kumpulan K-pop. Tidak ketinggalan juga di dalam muzik video Kill This Love ini. Lihat menerusi solekan Jennie yang pada saya cukup wow kerana olesan eyeliner yang berkemasan kemilau itu dilakar cukup sempurna menghiasi indah mata tajam Jennie. Lebih cantik lagi, apabila tim styling mereka bijak memadukan gaya rambut high ponytail agar keseluruhan look lebih tertumpu pada bahagian solekan matanya.

Estetika Goddess Pink

Kill This Love

Solekan lembut rona merah jambu ini senantiasa menjadi pilihan kumpulan ini. Sering dilihat pada wajah Rose juga Jisoo, kerana dua wanita ini lebih membawa imej bak puteri di dalam grup ini. Walaupun memilih rona lembut ini, mereka tidak menggayakan dengan gaya yang klise. Lihat Rose, dia memadu solekan monokromatik merah jambu pada solekan mata dan bibir. Kemudian ditambah dengan sentuhan kemilau pada bahagian bawah mata untuk menyerikan lagi solekannya.

Kill This Love

Jisoo juga tampil bak bidadari dengan solekan merah jambu lembut ini di mana dia dipadankan dengan aksesori ekstra iaitu tatahan mutiara pada wajahnya. Rambut yang digaya separa basah memberikan keseluruhan penampilan Jisoo tampak seakan seperti wanita suci.

Glamour Bold

Kill This Love

Satu lagi imej Lisa yang menarik perhatian saya apabila dia bertukar menjadi seperti patung Barbie. Menggayakan rambut blonde kemudian solekan bold shocking pink pada mata dan bibir. Cantik sekali! Kemudian berdiri di sebelahnya, Jennie yang tidak mahu kalah mengenakan solekan mata garang dengan sedikit sentuhan seni daripada palet rona yang sama. Ada sedikit sentuhan aura glamor bohemian disuntik di situ.

Kill This Love

Ada lagi sebabak daripada Lisa yang menampilkan dia dengan solekan eyeliner kemas rona hijau kemilau. Solekannya flawless dipadu pula dengan gaya rambut bun mini dua. WE LOVE!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE