SEARCH

Isu Nama Kim Kardashian Solutionwear, Kimono – Strategi Pemasaran Bijak

Isu Nama Kim Kardashian Solutionwear, Kimono – Strategi Pemasaran Bijak

Nampaknya nama besar ini sekali lagi mencipta geger dalam dunia pop global. Sejak minggu lalu pabila Kim K mengumumkan pelancaran Kim Kardashian Solutionwear yang diberi nama Kimono, dunia bagai tak henti-henti bercakap tentangnya. Bermula dengan gambar yang dimuat naik Kim K tentang solutionwear nya ini yang tentunya menjadi buat mulut ramai memaparkan wanita-wanita pelbagai bentuk dan warna kulit. Selepas itu ia mencipta isu baru pabila Menteri Industri Jepun menghantar paten rasmi nama Kimono ke Amerika Syarikat lantas memaksa Kim K menukar nama koleksi solutionwear nya ini.

Kim mengumumkan tentang pelancaran solutionwear nya pada 25 Jun 2019. Pada waktu sama akaun Instagram Kimono turut dilancarkan bersama beberapa gambar produk. Pun begitu pada hari ini, akaun Instagram itu tidak wujud lagi. Ya, Kim terpaksa memikir semula akan nama jenamanya ini. Awalnya saya merasakan langkahnya menggunakan nama Kimono itu bijak sebenarnya. Ia catchy, mudah diingati, memiliki namanya sendiri juga serta sudah dikenali seluruh dunia. Semua orang tahu apa itu kimono.

View this post on Instagram

Finally I can share with you guys this project that I have been developing for the last year. I’ve been passionate about this for 15 years. Kimono is my take on shapewear and solutions for women that actually work. I would always cut up my shapewear to make my own styles, and there have also been so many times I couldn’t find a shapeware color that blended with my skin tone so we needed a solution for all of this. The third pic is the solution short. I developed this style for all of those times I wanted to wear a dress or skirt with a slit and still needed the support. Introducing Kimono Solutionwear™ for every body. Coming Soon in sizes XXS – 4XL in 9 shades. I can’t wait for you to feel this fabric!#KimonoBody @kimono Photos by Vanessa Beecroft

A post shared by Kim Kardashian West (@kimkardashian) on

Tapi saya juga faham pabila Jepun (dari mana asalnya perkataan ini) mengambil tindakan menghantar paten rasmi nama ini ke Amerika Syarikat atas dasar budaya. Kerana seantero dunia sudah tahu bahawa kimono ialah pakaian tradisi asal Jepun dan tidak seharusnya di’persendakan’ sebagai jenama solutionwear. Dan tentunya kerana ia milik Kim K, popularitinya akan mudah tular di peringkat global. Dari segi produk pula, saya harus puji usaha Kim ini kerana ia sememangnya produk yang diingini oleh banyak wanita seluruh dunia. Kebanyakan daripada mereka mendambakan produk sebegini.

Tambah lagi melihat gambar-gambar awalnya di Instagram, nampaknya Kim juga bijak mengeluarkan solutionwear nya dalam pelbagai warna sesuai warna kulit wanita dunia yang pelbagai. Jadi secata amnya, secara keseluruhan memang nampak potensi jenama ini berjaya di peringkat global. Cuma sayang sekarang Kim harus menyelesaikan isu nama ini sebelum benar-benar melancarkannya secara rasmi.

Pun begitu saya juga terfikir apakah sebenarnya isu nama ini juga sebenarnya sudah dirancang oleh Kim dan pasukan pemasarannya. Ini tidak mustahil sama sekali. Dah kalau namanya Kim K dan kita tahu betapa banyak produk atau strategi pemasaran yang sudah berjaya dibuat oleh Kim sebelum ini. Saya percaya ini juga salah satu PR stunt yang amat berjaya lagi bijak daripada pihak Kim. Dengan isu nama ini pun sudah banyak media gergasi dunia yang membuat liputan tentang jenama baru Kim ini termasuklah Reuters. Bayangkan pabila Kim melancarkannya secara rasmi nanti. Aduhhhhh… boom!!!! Saya ucap tahniah dulu pada Kim ya.

Kim Kardashian solutionwear

Kim Kardashian solutionwear

Gambar teaser Kimono yang dimuatnaik oleh Kim pada 25 Jun menunjukkan solutionwear nya hadir dalam banyak warna kulit.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE