SEARCH

Macam Sudah Tidak Kenal! Peminat Yakin Kim Kardashian Ubah Wajah

Macam Sudah Tidak Kenal! Peminat Yakin Kim Kardashian Ubah Wajah

Lama juga saya tenung foto-foto terbaru yang dimuat naik Kim Kardashian di Instagram nya. Hati saya bertanya siapakah wanita ini. Benarkah ini Kim Kardashian? Mengapa saya seperti sudah tidak cam dengan wajah biasanya itu? Rupanya bukan saya seorang yang berasa ragu seperti ini, seluruh dunia dan internet sudah bergegar membincangkan topik ini. Yang penting, peminatnya semua yakin Kim Kardashian ubah wajah!

Baru-baru ini Kim dan keluarganya bercuti di Jepun dan memuat naik foto keluarganya di Instagram. Peminat mula timbul rasa keliru dan tertanya-tanya saat Kim memuat naik satu foto dia bersama North dan Saint ketika percutian itu.

Kim Kardashian Ubah Wajah

Kim don’t look like Kim”

Itu antara respons peminat di ruang komen gambar itu. Ada juga yang menggangap Kim membuat prosedur surgeri plastik di bahagian hidung. Sebelum ini juga dia turut memuat naik foto-foto kempen jenama kecantikannya yang mempersembahkan koleksi mekap 90-an. Daripada situ juga peminat sudah mula mempersoalkan perubahan wajahnya. Namun, terdetik juga di hati saya, mungkinkah teknik solekannya yang membuatkan wajahnya terus nampak lain?

Kim Kardashian Ubah Wajah

Sehingga hari ini Kim seperti biasa, mendiamkan diri dan membiarkan spekulasi ini terus bermain di kepala peminatnya serta netizen di luar sana.

Hmm, bagaimana pula pendapat kamu? Kamu rasa teknik solekannya atau memang dia ubah wajah?

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE