SEARCH

Pewangi Kiss by Rihanna Sempena Hari Valentine Mula Dijual di Macy’s

Pewangi Kiss by Rihanna Sempena Hari Valentine Mula Dijual di Macy’s

Isnin lalu, Rihanna memuat turun gambar kempen iklan pewangi terbarunya Kiss di laman Instagram. Tentunya peminat-peminat Riri gila geger mengetahui berita ini. Pewangi Kiss dilancarkan sempena hari Valentine Februrari nanti. Ini adalah haruman ketiga dalam koleksi RiRi nya selepas RiRi by Rihanna dan Crush by Rihanna. “Kerana Valentine’s Day menghampiri, saya ada sesuatu yang istimewa for my ladies,” begitu kata Riri dalam laman instagramnya.

Wangian daripada bunga-bunga putih ini memaparkan nota-nota seperti plum, freesia dan peony serta dijual di Macy’s dan Macy’s.com pada harga USD60. Kelalangnya biru cair bersama sedikit sentuhan emas.

Kempen iklannya pula bertema glamor di mana Rihanna menggayakan rambut bergelombang besar. Pembayang matanya smokey pink dan ungu, matte pink lips dan warna kuku serupa.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE