SEARCH

Aksesori Klip Rambut Sebagai Trend Rambut Terbaru 2019

Aksesori Klip Rambut Sebagai Trend Rambut Terbaru 2019

Kalau dulu sibuk dengan trend scrunchie, kini saya lihat di mana-mana sahaja orang menggayakan aksesori klip rambut ini. Dahulu saya pernah mengulas tentang kumpulan Blackpink yang menyarung pin baju sebagai aksesori rambut di acara persembahan pentas mereka. Kemudian tidak cukup itu, penata gaya rambut mereka menggayakan pula trend klip rambut ini lagi kepada Jennie setiap kali membuat persembahan pentas lagu solonya. Saya percaya mereka juga antara penyumbang besar kepada trend ini.

Klip Rambut

Jennie Kim

Bukan itu sahaja, trend aksesori pin rambut ini sebenarnya sudah melanda seluruh Hollywood juga. Walaupun ia bukan sesuatu yang baharu di sana kerana Zadiq & Voltaire sudah menggayakannya di pentas musim luruh 2018, Rihanna menggayakannya pada 2015, Selena Gomez ketika keluar makan malam bersama teman-teman, namun hari ini kita melihat trend ini kembali lagi. Penata gaya rambut, Justine Marjan, antara yang gemar menggunakan klip rambut sebagai aksesori pada rambut yang digayanya. Dia turut berkolaborasi bersama jenama aksesori rambut, Kitsch, dan mencipta pelbagai aksesori rambut menarik.

Klip Rambut Selena Gomez

Klip Rambut

@justinemarjan

Klip Rambut

Justine Marjan

Di Malaysia juga saya perhatikan ramai yang mula mencuba gaya antaranya ketika di karpet merah yang digayakan Kaka untuk pentas AJL yang lalu. Bukan itu sahaja, kali ini saya juga melihat trend ini turut digayakan oleh wanita-wanita di luar sana untuk gaya harian mereka. Mari saya kongsikan beberapa look klip rambut yang menjadi pilihan. Mungkin kamu juga boleh cuba gaya ini?

Klip Rambut

@charmwasabi

Klip Rambut

Paola Alberdi

Klip Rambut

Rihanna

Klip Rambut

Aimee Song

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE