SEARCH

Kulit Wajah Bebas Cela Dalam Masa Seminggu, Cuba dan Rasakan Sendiri Perubahannya

Kulit Wajah Bebas Cela Dalam Masa Seminggu, Cuba dan Rasakan Sendiri Perubahannya

Hendak dapatkan kulit wajah bebas cela ini tidaklah sesukar yang disangka. Tidak perlu menghabiskan duit ke spa setiap bulan atau juga membeli produk-produk mahal semata-mata untuk menggapai kulit wajah idaman. Buat kamu, yang tidak mahu beria mengeluarkan duit yang banyak, jangan risau, kami ada solusi rahsia buat kamu yang mahu capai kulit wajah bebas cela dalam masa seminggu ini.

Tidur 7 jam sudah cukup!

Beauty sleep is real. Percayalah. Walaupun 9 jam adalah tempoh paling afdal untuk tidur yang sempurna, namun 7 jam sudah memadai buat kamu yang sibuk melampau. Apakah fungsi tidur yang cukup ini? Kalau kamu hendak tahu, tidur yang cukup buat kulit wajah kamu tampak lebih segar setiap pagi. Tidak ada lingkaran gelap mata, kulit wajah yang stres dan satu kajian yang dijalankan di Sweden, tidur yang cukup serta-merta membuatkan penampilan harian kamu nampak lebih menarik.

Kulit Wajah Bebas Cela Dalam Masa Seminggu

Jangan abaikan pelembap wajah

Lihatlah bagaimana wanita Korea begitu mementingkan rutin melembap wajah. Oleh kerana itu, kulit wajah mereka sentiasa kelihatan sihat dan berseri. Pelembap wajah ini mampu melambatkan proses kehilangan air pada lapisan kulit langsung memperkuatkan lagi lapisan pelindung ini daripada pencemaran luar. Jika kamu yang memiliki kulit berminyak, tidak bermakna kamu tidak perlukan pelembap. Pilih pelembap yang bebas minyak.

Kurangkan pengambilan gula

Gula bukan sahaja mengakibatkan kegemukan dan kesan tidak baik pada tubuh badan kamu. Ia juga tidak elok untuk kulit wajah. Gula dan makanan manis boleh menyebabkan kulit wajah kamu menua dengan lebih cepat. Ia menambah jumlah cortisol, di mana gula melekat pada kolagen dan kemudian melemahkan lapisan kolagen itu tadi. Jika ingin kulit wajah yang cantik, amalkan diet seimbang. Sertakan lemak seperti minyak zaitun, omega 3s seperti ikan salmon, sayur-sayuran juga Vitamin C dalam diet kamu dan lihat sendiri perubahan kulit wajah kamu dari semasa ke semasa.

Pelindung sinar sangat penting!

Jika kamu kenal saya, saya sentiasa akan memesan betapa pentingnya rutin menyarung pelindung sinar ini. Kadang kamu tidak nampak kesannya sekarang, namun kamu akan nampak apabila usia makin menginjak. Terik cahaya matahari ini sebenarnya tidak baik, ia boleh merosakkan kulit wajah kamu. Ia antara faktor utama kulit cepat menua. Jika kamu abaikan nasihat saya ini, lihatlah tidak lama lagi, kulit wajah kamu akan menjadi kusam, tumbuh jeragat, kedutan jelas terlihat dan pada masa sama lapisan kulit akan cepat menipis. Jangan main-main, kanser kulit juga akan mudah menyerang. Tip saya, pilih pelindung sinar yang punya manfaat “broad-spectrum” kerana ia melindung kulit wajah dari sinar UVB juga UVA. Dan seeloknya elakkan berada di luar rumah di antara jam 10 pagi hingga 4 petang, ini antara tempoh sinaran matahari UV yang kuat dan boleh merosakkan kulit.

Kulit Wajah Bebas Cela Dalam Masa Seminggu

Minum air putih dengan banyak

Ini satu lagi tip yang kamu tidak boleh abaikan. Percayalah, pengambilan air putih yang cukup bukan sahaja boleh membuatkan kulit wajah kelihatan berseri dan bersih. Ia juga mampu membantu mengurangkan berat badan kamu. 8 gelas air putih sehari boleh menyahkan toksin yang terkandung dalam badan kamu. Jika kamu mempunyai masalah kulit kering, berjerawat dan kemerah-merahan, cuba solusi ini.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE