SEARCH

Penulis Kecantikan STAIL.MY Percaya Produk Ini Buat Kulit Wajah Glow

Penulis Kecantikan STAIL.MY Percaya Produk Ini Buat Kulit Wajah Glow

Ramai yang mengimpikan kulit wajah glow. Ia tidaklah semudah yang disangka. Sebenarnya, di sebalik produk yang digunakan, gaya hidup juga memainkan peranan penting. Jika hendak diceritakan, saya juga sering mengalami masalah kulit kusam dan kadang-kala ada masa sesuka hatinya jerawat-jerawat muncul tanpa dijemput. Sudah pelbagai produk saya cuba, pelbagai reaksi juga dapat saya lihat. Ada yang berkesan dan ada yang tidak. Saya tanya teman-teman yang pakar dalam bidang kecantikan, kata mereka, kita tidak boleh bergantung seratus-peratus pada produk. Harus disertakan dengan beberapa rutin kecantikan harian.

Antaranya ialah seperti teknik urutan untuk merangsang peredaran darah pada kulit wajah selain membenarkan produk meresap lebih jauh ke dalam kulit. Ini akan membuatkan kulit wajah serta-merta berseri dan bercahaya. Untuk efek kulit wajah lebih glow, kamu boleh melakukan beberapa trik di dalam solekan. Contohnya, adunkan pelembap, minyak muka atau juga luminizer pada bedak asas sebelum diratakan pada wajah kamu. Percayalah, hasil kulit wajah dewy, glow dan segar ini akan jelas kelihatan pada hasil solekan di wajah kamu.

Itu adalah beberapa trik, tetapi pernahkah kamu sendiri terfikir bagaimanakah wajah seseorang itu boleh tampil berseri-seri. Apakah yang menyebabkan kulit wajah boleh glow secara semula jadi? Ini adalah kerana pembaharuan sel yang terjadi pada kulit wajah kita. Dan cahaya yang terhasil pada permukaan kulit wajah ini terpantul hanya pada permukaan kulit yang rata, lembut dan mulus. Jika kita lihat, kanak-kanak dan remaja antara yang mudah dilihat kulitnya glow kerana sel kulit mereka senantiasa membaharu setiap 28 hari.

Berbeza dengan kita yang sudah semakin meningkat usia. Ini kerana, gaya hidup telah berubah. Perubahan hormon, kesan ubat-ubatan, tidur yang tidak mencukupi serta diet tidak seimbang melambatkan proses pembaharuan sel kulit. Sebab itulah, jika gaya hidup kamu tidak seimbang, kulit wajah lah antara ketara yang menunjukkan efeknya.

Pernah tertanya-tanya mengapa wajah ibu mengandung sering tampak berseri-seri? Ini kerana peredaran darahnya meningkat lebih tinggi berbanding wanita biasa. Ya, peredaran darah yang baik juga menjadi antara sebab mengapa kulit wajah kelihatan berseri-seri. Selain amalkan rutin urutan wajah dengan betul, kita juga digalakkan untuk sentiasa bersenam dan mengeluarkan peluh. Ini juga secara tidak langsung membantu membuang segala toksin di dalam tubuh badan.

Tidak lengkap rutin-rutin di atas ini tanpa bantuan produk-produk kecantikan. Di sini, saya ingin kongsikan juga 4 produk kecantikan yang telah berjaya mengembalikan glow pada wajah saya. Kamu juga harus cuba!

4 Produk Kecantikan Buat Kulit Wajah Lebih Glow

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE