SEARCH

Benarkah Swafoto Boleh Menyebabkan Kulit Wajah Menua Dengan Lebih Cepat?

Benarkah Swafoto Boleh Menyebabkan Kulit Wajah Menua Dengan Lebih Cepat?

Benar, dan sedar tidak sedar kadang-kala kita berswafoto berpuluh kali hanya semata-mata ingin mendapatkan satu foto yang cantik. Baru-baru ini, jenama kecantikan, Avon, mendedahkan kajian terbaru bahawa aktiviti swafoto ini antara penyebab terbaru yang boleh menjadikan kulit wajah menua dengan lebih cepat.

Cahaya biru yang dipanggil High Energy Visible Light (HEV) yang terdapat pada skrin telefon boleh menyebabkan kulit wajah kita lebih cepat merosak daripada biasa. Apabila teringat kembali, saya sendiri takut kerana bayangkan dalam masa sehari sahaja, berapa lama kita luangkan masa menghadap telefon ini.

Kulit Wajah Menua Dengan Lebih Cepat

Pakar Dermatologi berkongsi bahawa cahaya biru yang terhasil daripada skrin telefon ini mampu meresap jauh ke dalam lapisan kulit dermis paling bawah di mana di situlah tempat penghasilan kolagen dan tisu elastin. Jika kita terdedah kepada cahaya biru ini secara berlebihan, ia akan menyebabkan lapisan kulit menjadi lebih nipis dan mudah rapuh.

Ingat juga, jika kulit wajah terdedah kepada cahaya ini secara berlebihan, ia boleh menyebabkan kerosakan oksidatif yang besar kepada kulit wajah kamu. Kerosakan oksidatif bermaksud jumlah radikal bebas akan semakin bertambah melebihi kapasiti tubuh, maka pelbagai penyakit boleh terhasil jika perkara seperti ini dibiarkan.

Masih ramai yang belum tahu tentang bahayanya skrin telefon ini. Mereka mungkin ingat, skrin komputer dan Ipad sahaja yang harus dielakkan. Mereka tidak langsung memikirkan bahana memandang skrin telefon secara berlebihan. Bukan sahaja mampu merosakkan mata, malah ia juga boleh merosakkan kulit wajah.

Kurang-kurangkanlah bermain telefon, teman-teman…

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE