SEARCH

Kylie Jenner Melancarkan Penjagaan Kulitnya Yang Pertama di Bawah Kylie Skin

Kylie Jenner Melancarkan Penjagaan Kulitnya Yang Pertama di Bawah Kylie Skin

Kylie Jenner bersedia mengembangkan empayarnya yang pesat dengan jenama penjagaan kulit barunya, Kylie Skin. Selepas memberi sedikit bayang-bayang projek besar miliknya minggu lalu, usahawan beralih bintang realiti berusia 21 tahun ini telah mengumumkan pelancaran produk barunya di media sosial.

Pelancaran Kylie Skin menyaksikan Kylie debut dengan enam produk – pencuci muka, toner, skrub muka, serum, pelembap dan krim mata. Nampaknya Kylie Jenner tidak sabar untuk melancarkan Kylie Skin yang memberi lebih banyak pilihan.

Dalam Instagram post nya, Kylie berkongsi dengan pengikutnya bahawa “segala-galanya dijual dengan harga bawah $30 USD” untuk koleksi pertamanya, dan enam produk itu boleh dibeli sebagai satu bundle dengan harga $125 USD.

Kylie kemudian menjelaskan bahawa produk penjagaan kulitnya harum, kecuali untuk toner dan pencuci muka yang mempunyai “wangian yang sangat ringan.” Toner pula bebas alkohol.

 

Direka dengan aplikator sendiri, krim mata dirumuskan dengan bahan-bahan seperti teh hijau, ekstrak delima, kafein dan vitamin E.

Bagi pelembap, ia dibuat dengan shea butter, ekstrak kulit oren dan mempunyai “blue light protection.” Kylie Skin sesuai untuk semua jenis kulit, dia juga berkongsi bahawa dia sedang mengusahakan penjagaan kulit peribadi khusus untuk kulit yang acne prone, kulit kering dan kulit berminyak.  

 

Namun, berita tentang pelancaran produknya mendapat hentaman dari netizen.

Peminatnya menulis As much as I love, admire and respect Kylie Jenner – creating a walnut based face scrub is not OK. I’d rather pay a bit extra to use a product that’s not going to tear my skin to pieces. Sometimes looking for a cheaper alternative isn’t always the better option… #KylieSkin’ [sic]”

“PSA: don’t buy Kylie jenner’s walnut skin scrub. Walnuts and other nuts are too abrasive to exfoliate your face and instead you end up with micro tears on your skin. Which leads to wrinkles and premature aging.’ [sic]”

Kebanyakan peminatnya mengatakan bahawa mereka tidak menggemari ‘Walnut Skin Scrub’ kerana kesan pada kulit akan mengakibatkan micro tears dari tekstur kasar walnut tersebut. Walaupun walnut dihancurkan ke bentuk serbuk, skrub tersebut boleh menghilangkan minyak natural pada wajah dan kelembapan semulajadi yang menyebabkan kulit menjadi kering, berkeringat dan mudah rosak.

Kylie Skin

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE