SEARCH

Sudah Tiba Masanya Untuk Kemas Meja Kecantikan Kamu, Jom Lihat Apa Yang Terbaru Daripada Laneige dan Mamonde!

Sudah Tiba Masanya Untuk Kemas Meja Kecantikan Kamu, Jom Lihat Apa Yang Terbaru Daripada Laneige dan Mamonde!

Sudah tiba masanya untuk kamu kemas kini meja kecantikan kamu. Hari ini saya kongsikan apa yang terbaru daripada Laneige dan Mamonde. It’s shopping time!

 

Mahu Mata Yang Cantik? Cuba Produk Terbaru, Perfect Renew Eye Serum Daripada Laneige!

Laneige dan Mamonde

Mata adalah seperti yang semua orang sudah tahu, ia merupakan bahagian yang memiliki lapisan kulit paling nipis. Jika kamu tidak mula mengambil berat akannya mulai sekarang, kemungkinan untuk kulit di bahagian mata kamu menjadi cepat menua adalah agak tinggi ya.

Serum mata terbaru daripada Laneige ini adalah produk tambahan di dalam rangkaian produk penjagaan wajah terbaik Laneige iaitu Perfect Renew. Diformulasikan dengan kuasa teknologi Skin Rebirth™ dan Advanced Ceramide Water yang mana membantu mengembalikan kulit halus dan mulus.

Laneige dan Mamonde

Manakala untuk serum mata terbaru ini, Laneige memperkukuhkan kualiti produk ini dengan sebuah lagi teknologi khas iaitu menggunakan teknologi Round Eye Rebirth™. Fungsi utama adalah untuk merawat mata letih dan juga sembap. Selain itu, ia juga memberi hasil mata yang lebih bersinar, tegang dan bebas garis halus.

Masa Untuk Pupur Bersama Mamonde Flower Facial Mask!

Terbaru daripada Mamonde, memperkenalkan Flower Facial Mask yang bertujuan untuk merawat kulit wajah dengan menggunakan ekstrak bunga sebenar. Diinspirasikan daripada empat jenis bunga iaitu ros, Heartlead Houttuynia, Calendula dan juga Evening Primrose. Setiap ekstrak ini digunakan dalam merawat masalah kulit yang berbeza-beza.

Mamonde Flower Facial Mask terdiri daripada empat jenis iaitu Petal Purifying Bubble Mask, Pore Clean Clay Mask, Calming Hydro Sleeping Mask dan Enriched Nutri Sleeping Mask. Hadir di dalam tekstur yang berbeza-beza, antaranya pupur jenis tanah liat, sleeping mask dan juga jenis buih.

Laneige dan Mamonde

 

Mamonde Petal Purifying Bubble Mask adalah pupur yang sesuai digunakan buat mereka yang menghadapi masalah kulit kering dan kusam. Ekstrak ros digunakan bersama teh hijau dan peppermint adalah bertujuan untuk merawat kulit stress akibat daripada faktor persekitaran. Teh hijau juga dikenali dengan keistimewaan anti-oksidanya.

Mamonde Pore Clean Clay Mask adalah pupur yang sesuai buat mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak, sensitif serta kulit wajah kasar. Pupur ini turut mengandungi ekstrak tumbuhan Heartlead Hottyunia serta kulit walnut sebagai bahan utamanya. Selain itu, ia juga diperbuat daripada tanah liat mineral semula jadi dan diadun bersama dua bahan utamanya. Ia berfungsi dalam menyah sel kulit mati serta sebum berlebihan yang terkandung pada permukaan kulit. Akhirnya kulit akan menjadi lebih lembut, rata, dan mulus.

Calming Hydro Sleeping Mask ini sesuai buat mereka yang memiliki kulit wajah sensitif dan kering. Ia merupakan sejenis pupur leave-on yang diperbuat daripada adunan esktrak kelopak Calendula, Centella, Aloe Vera dan juga timun. Pupur ini juga membantu meredakan kulit sensitif serta mempertingkatkan kadar lembapan pada kulit wajah. Lebih menarik, ia diformulakan dengan formula gel air, menjadikan ia sejenis pupur yang ringan serta memberi efek dingin dan segar saat memakainya.

Enriched Nutri Sleeping Mask pula diformulasikan oleh Flower Oil Complex, iaitu sejenis formula yang menggabungkan tiga jenis minyak bunga iaitu Evening Primrose Oil, Camellia Oil dan juga Sunflower Oil. Gabungan ketiga-tiga bahan ini mampu memberikan kulit wajah lebih lembut dan mulus. Selain itu, ia turut membantu melindung lapisan kulit daripada pencemaran luar. Pupur ini sesuai untuk mereka yang memiliki kulit jenis kusam dan wajah yang mengembang.

 

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE