SEARCH

#BeautyReport : Rumusan Laporan Cantik NYFW S/S19

#BeautyReport : Rumusan Laporan Cantik NYFW S/S19

Minggu fesyen sudah pun bermula dan seperti biasa, New York menjadi kota pertama yang melakukan debut untuk koleksi musim bunga 2019. Seperti yang saya jangkakan saban tahun, trend kecantikan seperti no make up  make up, sleek ponytail, dan solekan fokus pada bibir merah adalah antara yang biasa akan terlihat di pentas NYFW SS/19 kali ini. Namun, segala persepsi saya itu berubah kerana kali ini, banyak lagi trend kecantikan terbaharu yang muncul dan tidak pernah kita lihat lagi sebelum ini. Daripada highlighter overdose yang kelihatan di Savage x Fenty sehinggalah ke rambut sleek separa basah di pentas Calvin Klein. Jom saksikan rumusan laporan cantik NYFW S/S19 yang telah saya sediakan.

Laporan Cantik NYFW S/S19

Gypsy Sport

Penata gaya rambut Laurent Philippon menggayakan batu permata menjadi aksesori kepala buat beberapa look di dalam koleksi ini. Kata Philippon, “Koleksi ini meraikan diversity serta tidak mengira jantina. Untuk gaya rambut, kami sekadar menyerlahkan lagi kecantikan setiap stail individu model ini.”

Laporan Cantik NYFW S/S19

Calvin Klein

Menampilkan model dengan gaya rambut separa basah sepadan dengan tema koleksi musim ini yang bertemakan akuatik inspirasi filem klasik Amerika, Jaws hasil Guido Palau, Penata Gaya Rambut Profesional. Bak kata Palau, ini datang daripada inspirasi apabila membayangi seseorang itu baru sahaja selesai mandi dan titisan air masih lagi kelihatan menitis di hujung rambut.

Laporan Cantik NYFW S/S19

Savage x Fenty

Antara pentas yang menjadi highlight minggu fesyen New York. Koleksi daripada Rihanna ini ternyata membawa mood woman empowerment. Bukan sekadar koleksinya, beauty look yang ditampil jurusolek Priscilla Ono untuk koleksi ini juga sedikit-sebanyak membantu menyemarakkan lagi aura itu. Tubuh model disapu Fenty Beauty Diamond Bomb All-Over Diamond Veil untuk memberi efek kucupan seri musim panas!

Laporan Cantik NYFW S/S19

Tibi

Semenjak melihat persembahan pentas comeback kumpulan Blackpink yang sering tampil dengan aksesori rambut kreatif, kini tiada lagi alasan untuk menidakkan trend aksesori rambut ini sudah kembali in! Seperti yang kita lihat di pentas Tibi, penggunaan klip perak yang disarung dipelbagai peringkat rambut yang digaya wavy ini nampak begitu menarik sekali.

Laporan Cantik NYFW S/S19

Jeremy Scott

Pentas Jeremy Scott senantiasa meriah! Lihat sahaja pentas kali ini. Mungkin kamu rasa ini sekadar sapuan glitters, namun sebenarnya tidak. Kabuki, jurusolek profesional, menggelar ini solekan “foil lips” dan untuk mencapai efek metalik, Kabuki menyapu gam dan menampal kertas aluminium kemudian menepek glitters di permukaan atas bibir. Manakala bahagian wajah lain disolek minimal untuk memberi fokus pada solekan bibirnya itu.

Laporan Cantik NYFW S/S19

Tadashi Shoji

Overdrawn cat liner yang dilakar kemilau menyerikan lagi look keseluruhan koleksi Tadashi Shoji. Lebih menarik, setiap look ini dilakar dengan dua tona pigment yang berbeza. Ini buktinya, glitters tidak semestinya disarung hanya untuk parti percutian hujung tahun sahaja!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE