SEARCH

Miliki Kulit Wajah Mulus Dengan Rangkaian Ikonik Flawless Face daripada Laura Mercier

Miliki Kulit Wajah Mulus Dengan Rangkaian Ikonik Flawless Face daripada Laura Mercier

Seperti kita sedia tahu, Laura Mercier, adalah jenama yang mengetengahkan falsafah serta konsep kulit “Flawless Face” menerusi solekan. Bagi Laura sendiri, “Flawless Face” bukan bermakna kulit wajah itu harus sempurna, akan tetapi ia tentang perasaan itu sendiri yang merasakan kulit wajah sempurna. Dan konsep serta teknik “Flawless Face” ini dicipta saat Laura masih lagi di awal-awal kariernya sebagai jurusolek.

Dia juga percaya bedak asas memainkan peranan penting dan fungsi utama bedak asas ini juga adalah untuk menyekatakan tona kulit serta membuatkan kulit wajah nampak terbaik. Maka dengan itu, Laura mencipta bedak asas yang mampu menghasilkan solekan mulus dan masih tampak natural. Kulit wajah juga nampak berseri dan bersinar walaupun ia direka dengan tekstur yang ringan. Menurut Laura, bedak asas yang diciptanya adalah untuk menyemarakkan lagi kecantikan semula jadi seseorang, dan bukan bertujuan untuk melitup keindahan yang terdapat pada wajah mereka.

Sempena dengan itu, Laura Mercier, kini memperkenalkan beberapa rona tambahan untuk rangkaian ikonik mereka iaitu Laura Mercier Flawless Fit. Ingat, untuk mendapatkan solekan yang sempurna, asas itu adalah yang paling penting sekali. Dan di Laura Mercier, apa jua kemasan sama ada kemasan matte atau juga dewy, litupan menyeluruh atau jua sederhana, segalanya ada di Laura Mercier.

Memperkenalkan Rangkaian Ikonik Laura Mercier Flawless Foundation

Laura Mercier

(dari kiri) Laura Mercier Flawless Fusion Ultra-Longwear Foundation, Laura Mercier Tinted Moisturizer, Laura Mercier Skin Crème Photo Edition Foundation

Laura Mercier Flawless Fushion Ultra-Longwear Foundation RM206

  • Mampu bertahan selama 15 jam sepanjang hari. Ini adalah kerana formula yang digunakan iaitu teknologi Skin Fusion yang mampu mengawal minyak pada kulit wajah selama 15 jam.
  • Memberi litupan membina daripada sederhana ke menyeluruh dan memiliki kemasan matte pada kulit wajah.

Laura Mercier Tinted Moisturizer RM197

  • Sesuai untuk wanita yang mahu gayakan no makeup makeup look atau juga tidak mahu menyarung solekan pada wajah. Hanya sapukan pelembap dan bedak asas dalam satu ini.
  • Ia memberi kemasan dewy pada kulit wajah kerana memiliki formula pelembap. Bertekstur ringan dan sesuai digayakan sepanjang hari.
  • Bukan itu sahaja, ia turut mengandungi SPF20 UVB/UVA dengan kandungan anti oksida Vitamin C dan Eto untuk membantu melindung kulit daripada pencemaran sekeliling.

Laura Mercier Skin Crème Photo Edition Foundation RM206

  • Hadir dalam dua formula iaitu Laura Mercier Skin Crème Photo Editon Foundation dan juga Laura Mercier Skin Crème Oil Free Photo Edition Foundation.
  • Ini adalah rangkaian bedak asas pertama dicipta oleh Laura Mercier.
  • Bedak asas ini mampu bertahan lebih daripada 10 jam pada kulit wajah. Memiliki kadar formula warna yang tinggi, ia mampu memberi hasil kulit wajah yang mulus.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE