SEARCH

Tip #inStailGramWorthy : 5 Krim Pelindung Sinar Terbaik Untuk Percutian Musim Panas Kamu

Tip #inStailGramWorthy : 5 Krim Pelindung Sinar Terbaik Untuk Percutian Musim Panas Kamu

Sepanjang di Melaka, percayalah cuacanya teramat panas sekali. Kami berjalan lebih daripada 1 kilometer ketika di sana. The weather is no joke! Nasib ketika itu saya sudah menyarung krim pelindung sinar. Namun tahukah kamu, sebenarnya bukan sahaja kulit wajah yang perlu dilindungi daripada sinar UV matahari? Bibir dan rambut juga antara yang perlu diberi perhatian.

Kita semua tahu kepentingan melindungi kulit daripada sinar matahari yang berbahaya ini. Bukan sahaja ia boleh membuat kulit terbakar, malah setiap kulit yang terbakar akibat terkena terikan matahari ini berisiko untuk menghadapi penyakit kanser kulit! Namun, perkara-perkara ini sering diabaikan oleh orang di luar sana.

Krim Pelindung Sinar

Bukan sekadar kulit wajah perlu dijaga, rambut yang terdedah kepada cahaya matahari dan bahang secara berlebihan juga mampu mengakibatkan kehilangan lembapan. Bukan itu sahaja, rambut yang berwarna juga akan jelas ketara kelihatan kering dan warna juga lama-kelamaan akan luntur. Seeloknya, antara pilihan terbaik adalah dengan memakai topi atau juga menyembur krim pelindung haba pada rambut.

Bibir pula adalah antara lapisan kulit paling nipis dan sensitif. Ramai yang tidak tahu, bibir juga antara lapisan kulit yang harus dilindung daripada matahari. Bibir mengandungi jumlah melanin yang sikit. Melanin ini jugalah yang berfungsi sebagai lapisan yang melindungi kulit bibir daripada matahari. Jadi, cara untuk elakkan daripada bibir terbakar akibat cahaya matahari, sapukan salap bibir sekurang-kurangnya 30 minit sebelum kamu rancang untuk keluar rumah. Dan jangan lupa, untuk senantiasa mengolesnya sepanjang hari lebih-lebih lagi selepas makan dan minum.

Mari saya kongsi 5 krim pelindung sinar terbaik untuk kamu!

krim pelindung sinar

SUPERGOOP! Glow Stick Sunscreen SPF50 RM115

Krim Pelindung Sinar

FRESH Sugar Tinted Lip Treatment Sunscreen SPF15 RM99

Krim Pelindung Sinar

PIXI Sun Mist RM111/80ml
Krim Pelindung Sinar
OUAI Dry Shampoo RM100

Krim Pelindung Sinar

AVENE Very High Protection Teintee Cream RM62.73/50ml

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE