SEARCH

#lipstiklokal: 7 Jenama Gincu Tempatan

#lipstiklokal: 7 Jenama Gincu Tempatan

Secara jujurnya saya seorang yang jarang bersolek. Ketika saya bekerja dengan majalah dahulu, ada sahaja teman-teman yang akan menyolekkan saya untuk menghadiri acara. Tetapi semenjak menguruskan web portal sendiri, saya sentiasa on-the-go. Mana mungkin saya sempat menyuruh teman menyolekkan saya kan? Tetapi saya harus tampil rapi untuk bertemu klien. Saya fikir cara paling cepat dan mudah untuk bersolek adalah dengan mencalit gincu ke bibir. And I’m ready to go! Di zaman internet ini, sudah semakin banyak gincu tempatan dijual online. Harganya yang berpatutan membuatkan saya ingin membeli dan mencuba. Di sini saya senaraikan tujuh gincu buatan tempatan yang telah saya cuba.

gincutempatan14_stailmy

Dida for women

Diasaskan oleh ikon fesyen dan usahawan, Tengku Chanela Jamidah dan rakan kongsinya Didie Nasir. Dida velvet matte lip creme datang dalam 13 warna menarik dan mereka juga baru sahaja mengeluarkan on fleek pen liner. Saya tertarik pada warna lush dan cookie kerana saya gemar warna neutral. Saya jarang menggunakan warna gelap di bibir but i think Twilight compliments my skin dan ia sedikit berkilau sesuai untuk majlis malam. Selepas saya mengaliskan Dida ke bibir, saya tidak perlu tunggu lama untuk ia kering dan ia juga kekal di bibir, which is perfect for me kerana saya tidak perlu risau untuk mengaplikasikannya berkali-kali. Lebih-lebih lagi jika di waktu saya sibuk. Packaging nya pula ringkas dan moden and it fits perfectly dalam tas tangan mini saya.

Beli di: www.didaforwomen.com

Harga:

Velvet matte lip creme RM45
On fleek pen liner RM36

gincutempatan9_stailmy

Bibir #syedskillereyes

Saya tertarik pada produk Bibir #syedskillereyes kerana pengasasnya Syed Faizal Syed Noh adalah antara salah seorang selebriti makeup artist terkenal di Malaysia. Setahu saya, di Malaysia belum ada makeup artist yang tampil dengan produk mekap mereka sendiri jadi saya teruja untuk mencubanya. Bibir #syedskillereyes baru sahaja mengeluarkan liquid lipstick nya dalam tujuh warna baru berserta design packaging baru yang menarik. Sekali lagi saya memilih neutral untuk dicuba, warna kegemaran saya dari Bibir ialah Bumblesweet dan Sweetberry. Jika saya inginkan glitter di bibir, Stardust menjadi pilihan saya. Ia tidak mengeringkan bibir dan juga kekal untuk waktu yang agak lama. Kata Syed pada saya, dia mempunyai visi untuk mengeluarkan set mekap lengkap di masa akan datang. Semoga visinya akan dapat direalisasikan supaya saya boleh mencuba semuanya!

Beli di: instagram @bibir.by.syedskillereyes

Harga: RM45

gincutempatan4_stailmy

Shontel #bymisha

This is LOVE! Gincu Shontel #bymisha membuat saya rasa seperti tidak memakai gincu di bibir kerana teksturnya ringan dan cepat kering. Ia juga tidak mengeringkan bibir saya seperti banyak lisptik matte lain yang telah saya cuba. Sangat sukar bagi saya membuat pilihan daripada 16 warna yang mereka ada. Semuanya cantik dan mahu saya miliki! Sewaktu saya membeli, mereka sedang mempunyai harga istimewa empat untuk RM150. Earth daripada the brown series, Holo dari the pink series, Black hole dan Antimatter dari the red series menjadi pilihan saya. Selepas mencuba semuanya, sudah tentu warna Earth menjadi kegemaran saya, I just love neutral colours! It blends well with my skin. Tentunya saya akan membeli warna-warna lain daripada the brown series nanti.

Beli di: instagram @shontelbymisha

Harga: RM40

gincutempatan13_stailmy

Gincu by So.Lek

Saya dihadiahkan Gincu by So.lek oleh seorang teman rapat pada hari jadi saya dua bulan lalu. Saya suka pada nama jenamanya “So.Lek”. Menarik dan sangat sesuai apabila orang kata ia buatan Malaysia, represent! Jenama ini antara jenama baru yang mengeluarkan gincu liquid cream matte buatan Malaysia. Terdapat lima warna dan semua warna diberi nama mengikut bunga. Mawar, Anggerik, Dahlia, Chempaka dan Seroja. Warna dahlia dipilih oleh teman untuk saya. “This colour suits you,” katanya. Yang menarik tentang So.Lek, produknya mengandungi minyak zaitun supaya bibir kekal lembab dan tidak kering ketika di pakai. Saya juga tidak perlu risau akan masa yang diambil untuk menanggalkan gincu ini untuk solat, ia mudah diaplikasi dan mudah juga ditanggalkan. Harganya juga berpatutan. Love it!

Beli di: instagram @so.lek

Harga: RM39

gincutempatan10_stailmy

Velvet Vanity Cosmetic

Mereka adalah salah satu daripada penggerak pertama gincu tempatan. Saya kagum dengan mereka kerana berjaya mengambil pasaran kosmetik bagaikan ribut dengan hanya tiga warna sahaja iaitu Blood Wasted, Slamberry dan Libra Baby. Warna pilihan saya dari mereka ialah Blood Wasted. Teksturnya lembut dan ringan, ia membuatkan saya rasa seperti tidak memakai gincu. Mereka juga memberi tips di kotak gincu supaya memakai skrub bibir sebelum menggunakan gincu ini untuk mendapatkan efek yang cantik. That’s a nice touch! Saya juga memilih produk mereka kerana ia 100% vegan dan tidak diuji ke atas haiwan. Harapnya mereka akan keluarkan lebih banyak warna di masa akan datang.

Beli di: www.shopvelvetvanity.com

Harga: RM59

gincutempatan3_stailmy

Chique Cosmetics

Apa yang menarik perhatian saya tentang Chique Cosmetic ialah packaging nya. Mereka menggunakan tema pop-art yang membantu mereka menonjol berbanding produk-produk lipstik tempatan lain. Saya yang datang dari background seni grafik terus tertarik untuk mencuba produk mereka. Mereka hanya mempunyai tiga warna setakat ini dan saya memilih Coral Crush. Saya suka warnanya dan baunya superti bubble gum. Tetapi malangnya tekstur matte gincu ini tidak sesuai dengan bibir saya. Ia menjadi melekit setelah dipakai. Ia juga susah untuk ditanggalkan. Mungkin rangkaian warna baru mereka yang bakal keluar tak lama lagi akan menggunakan formula lebih baik. Produk mereka juga adalah 100% vegan dan tidak diuji ke atas haiwan dan harganya sangat berpatutan, which is a plus!

Beli di: www.chiquecosmetics.com

Harga: RM34

gincutempatan12_stailmy

Sugarbelle Cosmetic

Diasaskan oleh dua maestro fesyen muslimah Eyqa dari Sugarscarf dan Belle Sulaiman Al Yahya dari Bella Ammara. Semenjak mula ditubuhkan pada 2015 mereka sudah mempunyai beberapa rangkaian gincu dan mereka juga baru mengeluarkan gincu “absolute matte lip cream” yang mempunyai lima warna untuk dipilih. Bukan saja gincu, maskara dan eyeliner juga ada. Tetapi kali ini saya memilih untuk mencuba “luxurious matte lip cream” mereka dalam warna High Class Red. Sebaik saja saya mencubanya it’s love at first sight. Rasanya seperti baldu di atas bibir apabila dipakai, sesuai dengan nama gincunya yang mempunyai perkataan “luxurious” dan “high class”. Senang ditanggalkan dan tidak mengeringkan bibir saya. Sudah tentunya saya ingin mencuba produk Sugarbelle yang lain selepas ini.

Beli di: www.sugarbellecosmetic.com

Harga:

Absolute matte lip cream RM59
Velvet revolution lipstick RM49
Luxurious matte lip cream RM49 – RM59
Lengthening mascara RM65
Ink-tense liquid eyeliner RM55

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE