SEARCH

5 Gaya Rambut Lisa, Ahli Kumpulan Blackpink Yang Menjadi Kegemaran Kami

5 Gaya Rambut Lisa, Ahli Kumpulan Blackpink Yang Menjadi Kegemaran Kami

Siapa yang tidak kenal dengan Lisa, ahli kumpulan Blackpink ini. Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manoban ini juga satu-satunya penyanyi Korea yang memiliki jumlah pengikut Instagram paling tinggi dalam sejarah. Bertanggungjawab sebagai rapper juga lead dancer untuk kumpulannya, Lisa sering mendapat perhatian setiap kali di atas pentas. Mungkin kerana wajahnya persis Barbie selain kerana dia sering menukar gaya rambutnya. Semenjak debut lagi, Lisa sering dilihat gemar bereksperimen dengan rambutnya. Baik daripada segi warna mahupun potongan. Namun, satu sahaja gaya rambutnya yang tidak pernah berubah. Bangs! Pernah menjadi satu topik hangat di kalangan peminat apabila ada yang bertanya bagaimanakah bangs Lisa itu tidak pernah langsung rosak walau menari sakan di atas pentas? Ada yang menganggap penata gaya rambutnya menampal gam pada dahi Lisa agar bangs nya terletak cantik.

Akhirnya, penata gaya rambut Lisa memilih untuk bersuara dan menghentikan spekulasi merepek itu,

Ramai yang menyangka bangs milik Lisa itu senantiasa terlekat pada dahinya namun semua tanggapan itu salah! Tip paling penting untuk mendapatkan gaya rambut seperti Lisa ini, ialah dengan mengeringkan bangs kamu itu secara natural ke bawah. Kemudian baru keringkan bahagian akar rambut dan semburkan semburan pengeras rambut #LisaHair #TruthAboutHerBangs .”

Lihatlah, rambut Lisa juga boleh dijadikan topik hangat di kalangan peminat industri K-pop ini. Saya juga sesungguhnya harus memuji penata gaya rambut ahli kumpulan Blackpink ini. Ini kerana mereka juga memainkan peranan penting dalam membuatkan artis di bawah jagaan mereka nampak cantik sentiasa. Seperti contoh, Lisa. Dia senantiasa tampil dengan gaya rambut berbeza setiap kali membuat comeback atau untuk acara penting. Gayanya langsung tidak menghampakan malah setiap kali dia membuat penampilan, dia kelihatan lebih hebat daripada sebelumnya. Tanpa lengah mari saya kongsikan 5 gaya rambut Lisa yang menjadi kegemaran kami semenjak dia debut lagi.

Lisa

Peminat terpegun melihat foto Lisa ini ketika ini di Lapangan Terbang Incheon awal tahun lalu. Dia tampil dengan rona rambut ash blonde namun ada suntikan rona biru pastel kepada stail rambut rona balayage nya itu. Seperti puteri Frozen!

Lisa

Masih mengekalkan gaya rambut panjang untuk beberapa tahun yang lalu. Namun ketika ini, rambutnya diwarnakan rona ginger. Dan kebanyakan penampilannya dilihat menggayakan rambut gulung kerinting seperti ini. Namun saya sukakann stail rambut yang digayakan Lisa dalam gambar ini. Half bun dan wavy hair, cantik!

Lisa

Ketika melawat Universal Studio Hollywood, Lisa dilihat menggayakan gaya rambut yang dipanggil sebagai pigtail bun. Untuk elakkan penampilan dia nampak bosan dan biasa, Lisa menambah aksesori rambut. #STAILLAVV

Lisa

Konsert terakhir yang berlangsung baru-baru ini menampilkan Lisa dengan gaya rambut pendek. Namun, ini kali pertama kita dapat melihat Lisa tampil dengan rambut rona hitam. Nampak berbeza kerana Lisa sering tampil dengan rambut berwarna. Pada saya, rona rambut Lisa yang ini membuatkan dia nampak lebih matang dan seksi.

Lisa, Ahli Kumpulan Blackpink

Satu lagi gaya rambut terbaru Lisa yang amat saya gemari. Saya lihat Wendy daripada kumpulan Red Velvet juga menggayakan gaya rambut ini. Mungkin ini bakal menjadi trend rambut terbaru di kalangan idola K-pop wanita tahun ini!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE