SEARCH

Ezra Miller, Lizzo & CL Wajah Baru Kempen Urban Decay, “Pretty Different”

Ezra Miller, Lizzo & CL Wajah Baru Kempen Urban Decay, “Pretty Different”

Sudahkah kamu menonton iklan kempen terbaru daripada Urban Decay ini? Menampilkan lima nama besar yang punya kecantikan dan keunikan yang tersendiri iaitu Ezra Miller, Lizzo, Joey King, Karol G dan CL. Mengapa Urban Decay memilih lima selebriti ini? Menurut mereka menerusi kapsyen yang dimuat naik di laman Instagram rasmi mereka,

“Untuk menggambarkan visi di mana kecantikan bukanlah semata-mata tentang standards, Urban Decay kali ini bekerjasama bersama LIMA individu yang kami gelar ‘Pretty Different’. Mereka ini unik, berkuasa, berinspirasi, dan mereka sukakan cabaran bertindak luar sempadan. THEY ARE THE UD GLOBAL CITIZENS.”

Lizzo kini semakin menempa nama setelah tampil dengan album debut baru-baru ini berjudul Cuz I Love You membuatkan penyanyi ini semakin dikenali dan diterima ramai. Bukan sahaja kerana bakatnya, malah gaya penampilan serta kejujuran membuatkan ramai memilih Lizzo sebagai model inspirasi mereka.

Lizzo

Dan seperti yang kita tahu Urban Decay juga selain mengetengahkan kecantikan tidak konvensional, mereka juga menyatakan keterbukaan mereka dalam menyokong kesaksamaan jantina. Maka, Ezra Miller adalah calon UD Global Citizen terbaik yang dilantik jenama ini. Miller yang semakin terbuka terutama sekali apabila tampil menyarung mekap di pentas karpet merah secara tidak langsung memecah tradisi lelaki bermekap di Hollywood. Namun, tindakannya itu mendapat komen positif di kalangan penggemar solekan serta komuniti LGBTQ+ seluruh dunia.

Kata Miller berkongsi minatnya terhadap mekap sedari kecil lagi,

Saya dibesarkan bersama dua orang kakak. Kami selalunya bermain mekap bersama. Saya sebenarnya suka apabila ada orang yang tersalah anggap kami bertiga adalah adik-beradik perempuan.”

Mari kita sama-sama nantikan lagi kempen serta kejutan baharu yang bakal ditampilkan lagi oleh Urban Decay. Tidak sabar rasanya ingin melihat koloborasi bagaimanakah bakal dipersembahkan oleh Urban Decay bersama barisan selebriti ini.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE