SEARCH

LUSH Halloween Collection 2018 untuk Mandian Kamu Lebih Seram & Comel

LUSH Halloween Collection 2018 untuk Mandian Kamu Lebih Seram & Comel

Lush Cosmetics Ltd. meraikan bulan hantu dengan mengumumkan barisan koleksi seram dan kreatif – LUSH Halloween Collection 2018 sempena bulan Halloween

Rangkaian koleksi Holloween 2018 daripada jenama yang sangat terkenal dengan “bom mandian” ini merangkumi ‘Sparkly Pumpkin Bubble Bar’, ‘Eyeball Bath Bomb’ yang bakal menukar air di dalam tub mandi kamu berwarna merah mawar dan ‘Black Cat Bubble Bar’, sabun buih berbentuk kepala kucing hitam yang terkenal sebagai peliharaan nenek sihir.

Koleksi istimewa sempena Halloween ini juga mengandungi beberapa produk mandian dan busa yang lain, yang bakal merubah pengalaman mandian kamu lebih cantik dan spooky.

Terdapat juga sabun glows in the dark, Lush mengeluarkan sebotol sabun berwarna hijau pendar (fluorescent) yang dinamakan ‘Ectoplasm’.

Ia hadir dalam dua formula, ‘Standard’ dan ‘Naked’. ‘Ectoplasm’ berbau semerbak sitrus.

 

Dan tentunya, keseronokan Halloween tidak habis di situ. Seperti hanyut di dunia khayalan, Lush juga khabarnya bakal menghulurkan beberapa lagi trick or treat seperti ‘Monster Bath Bomb’ yang akan menukar warna air mandian kamu berwarna-warni layaknya mandian bidadari.

Di samping ‘Lord of Misrule Bath Bomb’ dan ‘Jelly Bomb’ yang berbentuk hantu kecil putih, sesuai untuk melembutkan dan memuluskan kulit berkat kandungan rumpai laut di dalamnya.

Tiada penyataan rasmi tentang berapa lama koleksi ini akan dikeluarkan. Lush Halloween Colection 2018 boleh didapati di laman sesawang rasmi LUSH atau butik pertama mereka yang baru sahaja dibuka di Pavilion KL.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE