SEARCH

5 Petua Tradisional Untuk Kamu Yang Mahukan Rambut Sihat dan Lebat

5 Petua Tradisional Untuk Kamu Yang Mahukan Rambut Sihat dan Lebat

Sekarang ini bukan boleh percaya sangat dengan produk penjagaan rambut di pasaran. Ini kerana tidak semuanya dijamin menggunakan bahan kandungan yang sihat dan selamat. Jika kamu hendak tahu, kebanyakannya masih mengamalkan penggunaan paraben, sodium lauryl sulphate (SLS) dan bermacam-macam lagi. Bahan kimia seperti inilah yang menyumbang kepada rambut menipis akibat keguguran. Bukan itu sahaja, lambat-laun ia juga akan memberi kesan kepada kulit kepala kamu. Takut bukan? Sebab itulah, ramai yang menyaran syampu hanya biar selang beberapa hari. Jangan amalkan secara harian dan sebagainya. Akan tetapi, hari ini, saya hendak kongsikan beberapa cara lain yang boleh kamu amalkan untuk kamu yang mahukan rambut sihat dan lebat menggunakan bahan semula jadi.

1- Telur

Mungkin kamu tidak tahu bahawasanya telur ini banyak membekalkan manfaat pada kecantikan rambut. Apa yang kamu boleh buat, pecahkan telur kemudian adun, dan jadikan masker untuk rambut kamu. Hasilnya, rambut menjadi lebih lembut dan tidak kusut. Selain itu, masker telur ini juga boleh membantu merawat kelemumur, rambut yang kurang zat serta berminyak dan leper.

2- Avokado

Bukan sahaja baik untuk kulit wajah, malah untuk rambut juga. Ini kerana avokado mengandungi lemak asid amino yang mampu membantu merawat rambut kering dan rosak serta mengekalkan lembapan optimum. Dengan adanya vitamin A, B6, D, E dan mineral seperti tembaga dan besi, ia mampu merawat kulit kepala juga. Adunkan avokado bersama mayonis untuk dijadikan masker rambut. Hasilnya kamu akan dapat lihat rambut tampil lebih sihat dan berseri-seri.

3- Minyak kelapa

Mahukan Rambut Sihat dan Lebat

Ini sudah biasa. Mesti pernah dengar ibu atau nenek kita berkongsi tip ini, bukan? Kalau hendak tahu, minyak kelapa ini banyak manfaatnya. Ia memiliki kadar protein yang tinggi serta mampu membantu mempercepatkan pertumbuhan rambut. Caranya mudah, panaskan minyak kelapa kemudian urutkan dalam bentuk membulat dengan tekanan yang tidak terlalu kuat pada kepala. Lakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu.

4- Daun lidah buaya

Kalau kamu hendak tahu, lidah buaya ini mengandungi 20 mineral, 12 jenis vitamin, 18 asid amino dan 200 jenis nutrien phyto yang amat baik dan bermanfaat buat rambut dan kulit wajah. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai manfaat anti bakteria, maka tidak hairan bahan ini banyak digunakan dalam kebanyakan produk kecantikan. Ambil dua atau tiga helai daun lidah buaya ini dan perahkan gelnya. Sapukan di kulit kepala dan biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas, kamu akan dapat lihat perbezaan pada rambut kamu.

5- Daun inai

Inai ini banyak kebaikannya. Mungkin kamu tidak tahu, kamu ingat ia sekadar pewarna rambut. Akan tetapi, tahukah kamu, inai ini mampu membantu membaik pulih serta melembapkan rambut kamu. Penggunaan inai secara konsisten boleh membuatkan rambut kamu menjadi lebih tebal. Caranya mudah, ambil beberapa helai daun inai, kemudian kisar bersama sedikit air sehingga membentuk pes. Biarkan selama beberapa jam untuk khasiatnya aktif, barulah kamu oleskan di rambut dan biarkan selama tiga jam. Kemudian bilas bersih bersama perapi. Jika kamu mahu hasil rambut lebat yang cepat, amalkan sebanyak dua kali seminggu.

 

Selamat mencuba!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE