SEARCH

Inspirasi Solekan Parti Pat McGrath Yang Boleh Kamu Cuba Sempena Parti Hujung Tahun

Inspirasi Solekan Parti Pat McGrath Yang Boleh Kamu Cuba Sempena Parti Hujung Tahun

Pat McGrath ialah seorang jurusolek profesional yang paling berpengaruh serta dihormati di dalam industri mekap dan fesyen hari ini. Dia juga sering mengetuai kumpulan mekap untuk pentas pertunjukan fesyen besar, kempen-kempen serta penggambaran editorial, Pat adalah antara wanita yang senantiasa hadir dengan trend solekan-solekan terkini. Begitu juga jika kita lihat di laman Instagram nya, senantiasa memuat naik hasil solekan magisnya untuk tatapan penggemar solekan dunia. Hari ini, saya akan kongsikan beberapa solekan parti inspirasi daripada magis solekan Pat McGrath yang boleh kamu cuba lagi-lagi hendak tibanya hujung tahun ini. Pasti parti ada di sana dan sini kan?

Solekan Parti

Masih ingat pada solekan ikonik pentas Prada Musim Panas 2016 yang diketuai oleh Pat Mcgrath ketika itu yang tampil mengenakan solekan bibir rona emas ini kepada semua model pentas ketika itu? Trend solekannya itu menjadi kejutan besar industri solekan dan fesyen ketika itu, namun ia mendapat sambutan dan sokongan yang baik. Apa kata kamu cuba cipta semula solekan ikonik ini untuk look solekan parti kamu.

Solekan mata yang tidak klise. Asyik bermain dengan solekan mata smoky,  apa kata kamu cuba solekan seperti ini. Bermain dengan pensil mata, lakarkan pada bahagian atas kelopak mata juga pada atas garis mata untuk mencipta ilusi solekan mata yang lebih memukau. Jangan lupa oleskan pembayang mata rona parti dengan suntikan kemilauan untuk lengkapkan look kamu itu!

Solekan Parti

Kalau kamu berani juga, layangkan pembayang mata dalam rona apa jua namun pilih yang bertekstur metalik kemilau untuk bangkitkan mood parti itu. Ala-ala solekan yang dihasilkan Pat McGrath ini untuk majalah Vogue edisi Januari 2007. Walau solekan ini sudah lama dicipta Pat namun solekan ini masih segar menurut pendapat Pat. Jika kamu tidak mahu mengenakan rona emas, kamu boleh cuba rona biru elektrik juga rona perak. Perfect! 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE